"8 years and still counting."
Pasangan merpati dua sejoli, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan pada 4 Mei 2020, baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Awal mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan akan berjanji untuk menempuh hidup bersama-sama nanti.
Kredit foto: IG
Sementara itu, Scha pula dalam hantaran di Instagram mengepilkan 10 keping gambar bersama Awal sejak mereka bercinta, berkahwin dan sehinggalah sekarang.
Ucapannya juga lebih panjang berbanding Awal selain memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan Lara Alana serta suami yang begitu memahami.
Kredit foto: IG
Bersih tanpa gosip liar, nampaknya pasangan ini mencipta kebahagiaan antara satu sama lain dan berada dalam kelas tersendiri.
Rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas ulang tahun perkahwinan mereka berdua.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Jadi, selamat ulang tahun buat Schawal! Moga sentiasa menjadi pasangan yang harmoni dan sepadan. - CARI
|