CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] PKPB. Kedai pajak gadai MASIH jadi tumpuan. Bukan semua gadai, ada yg datang bua

  [Copy link]
 Author| Post time 9-5-2020 12:20 AM | Show all posts
Pelanggan berbaris panjang perbaharui surat pajak gadai


GEORGETOWN: Orang ramai berbaris panjang di Pulau Pinang untuk memperbaharui surat pajak gadai mereka selepas kebanyakan perniagaan dibenarkan dibuka semula di bawah Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang (PGRS).

Kedai Pajak Gadai Chung Hin di Jalan Chulia di sini menyaksikan orang ramai beratur seawal 10 pagi.

Pengurusnya, Alex Tye, 39, berkata jumlah yang ramai sememangnya dijangkakan kerana kedai itu ditutup lebih 50 hari dan kebanyakan pelanggan tidak dapat memperbaharui atau menebus surat pajak gadai mereka.

"Kami mengendali hampir 150 urus niaga hari ini dengan 90 peratus daripadanya adalah untuk memperbaharui surat pajak gadai mereka manakala baki 10 peratus adalah bagi menebus barangan yang digadai," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Tye, yang memiliki pengalaman selama 21 tahun dalam industri itu, berkata beliau menjangkakan orang ramai akan terus berkunjung ke premis itu dalam tempoh seminggu akan datang kerana kebanyakan mereka belum menyedari kedai pajak gadai membuka semula perniagaannya.

Beliau berkata, kedai pajak gadai itu turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan orang ramai perlu menjalani pemeriksaan suhu badan serta memakai pelitup separuh muka.

"Ramai pelanggan berterima kasih atas pengecualian faedah bagi memperbaharui surat pajak gadai semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Tye berkata, semua pekerja dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memulakan tugas dan hanya mereka yang sihat dibenarkan bekerja.

"Kami mempunyai sejumlah tujuh pekerja dan kesemua mereka dikehendaki memakai pelitup separuh muka sepanjang masa.

"Kami turut menjalankan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dua hari sekali sebelum dan selepas operasi," katanya.– BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pajak gadai.Cina Dapig juga yg berkenan di hati. Makin kelaut BMF
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 5-5-2020 11:14 PM
Kenapa pergi kedai pajak macam tu?
Bank rakyat/muamalat or ar rahnu tak buka ke?
Kedai pajak mac ...

Kalau tebus skg untung tak ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.204502 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list