View: 2375|Reply: 6
|
Revolusi Arab : Perjanjian Sykes-Picot
[Copy link]
|
|
Revolusi Arab: PERJANJIAN SYKES-PICOT
1. Pusat pemerintahan empayar ottoman adalah di Turki, manakala Hussein bin Ali yang berbangsa Arab dilantik sebagai Sharif Mekah.
2. Berlaku peningkatan semangat nationalism di kalangan Golongan Muda Turki. Disamping itu, Kerajaan Ottoman melantik beberapa menteri daripada golongan muda berbangsa Turki.
3. Perkembangan ini menyebabkan kebimbangan bagi orang Arab. Sharif Mekah, Hussein dan anaknya, Abdullah, memulakan pakatan rahsia untuk melakukan pemberontakan terhadap kerajaan ottoman.
4. Kejatuhan Diraja Czar di Rusia, menambahkan keinginan untuk melancarkan pemberontakan. Pakatan ini juga meminta bantuan British.
5. Pemberontakan Bani Hashim dibantu Badwi dimulakan di Mekah, Jeddah, Taif, dan Hejaz Railway. Dan akhirnya tanah arab jatuh ke Pakatan Bani Hashim.
6. Di dalam tempoh Peralihan kuasa ini, kedudukan Pakatan Bani Hashim masih belum kukuh.
7. Pada 19 May 1916, British juga telah membelakangkan pakatan bani Hashim ini dan melakukan perjanjian Sykes-Picot secara rahsia bersama Perancis dan Rusia membahagikan tanah arab memandangkan kerajaan Ottoman akan jatuh.
8. Salah satu contoh pembahagian kuasa ini, British akan menguasai Iraq dan Palestin. Dan seterusnya British secara diktatornya pada November 1917, membuat perjanjian Balfour iaitu memberi tanah Pale$tin kepada orang Yahudi kerana menganggap mereka berkuasa kepada Tanah Pale$tin.
Pengajaran:
1.Semangat perkauman orang turki menyebabkan pemberontakan arab.
2. Campurtangan luar takkan menyebabkan keadaan makin baik.
3. Perlantikan diri sendiri British sebagai penguasa tanah tanah arab, membahagikan tanah arab secara tamak, menyebabkan pergolakkan tak sudah di tanah arab.
4. Ibarat rumah kita dijual oleh orang luar, - itulah Pale$tin.
Ref: The Arab Revolt |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bacaan menarik lps terawih ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...
syabas tuan mengingatkan saya kembali
tentang pelan pola pikir bangsa2 musuh Islam, amerika british rusia perancis...
|
|
|
|
|
|
|
|
detik2 kejatuhan sistem khalifah...sifat asabiyyah di kalangan arab sangat kuat...mereka hanya mementingkan kaum/qabilah mereka sahaja..sebab tu palestin mudah jatuh ke tangan yahudi kerana tiada sikap saling membantu antara negara2 arab...seandainya semua negara arab bersatu padu pasti mereka antara tentera yang terkuat |
|
|
|
|
|
|
| |
|