View: 4615|Reply: 127
|
Ikut Suami Ambil Syabu Lepas Seminggu Bersalin, 5 Anak Dibiar Hidup Melarat
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 1-5-2020 02:09 AM
Penyalahgunaan dadah adalah duri dalam daging masyarakat dan menjadi musuh utama negara berdekad lamanya. Lawatan pihak berkuasa dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Dr Zaki Zamani di Kampung Padang Hang, Alor Setar, Kedah mendedahkan betapa seriusnya masalah ini.
Pada 29 April 2020 bersamaan 6 Ramadan 1441H, iaitu hari ke-43 PKP, dengan kebenaran pergerakan daripada pihak PDRM, satu lawatan telah diadakan ke dua buah rumah di kawasan Padang Hang. Lawatan bersepadu ini disertai oleh Pegawai-pegawai AADK Daerah Kota Setar, Ketua-ketua Balai Polis Anak Bukit dan Alor Janggus, Pelindung Kanak-kanak dan Kaunselor JKM Daerah Kota Setar dan saya sendiri mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.
Dalam lawatan ini didapati satu pasangan suami isteri terlibat dengan dadah. Anak mereka 5 orang, dua orang tiada surat beranak, anak kedua berumur 7 tahun tidak pernah bersekolah. Anak bongsu berumur baru seminggu. Bapa mereka dan adiknya didapati positif methamphetamine dan kedua-duanya telah dibawa ke pejabat AADK.
Isterinya berpantang di rumah keluarganya yang berdekatan bersama 4 anak yang lain. Hanya seorang anak tinggal bersama bapanya ketika ini. Si isteri mengaku mengambil syabu kali terakhir kelmarin, tetapi disebabkan masih berpantang dan menyusu, AADK akan memantaunya sehingga habis tempoh berpantang.
Semua anak mereka diletakkan di bawah jagaan datuk mereka terlebih dahulu kerana keadaan rumah di situ lebih selamat. Pihak Pelindung kanak-kanak JKM akan terus memantau kanak-kanak ini, dan perkara-perkara berkaitan pendaftaran dan persekolahan akan diselesaikan selepas tamat tempoh PKP.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah keluarga bersama 5 orang anak kecil boleh hidup dalam rumah sebegitu rupa. Ini bukan masalah kemiskinan semata-semata tetapi disebabkan kegagalan ibu bapa berfungsi akibat pengaruh dadah. Dadah akan melenyapkan fungsi sosial seseorang manusia yang waras.
Masyarakat perlu peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kes sebegini demi menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian.
Sumber: Dr Zaki Zamani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rumah seperti ghost house
.. Kasihan anak bakal penajis dadah ..kerajaan ambil lah anak ...tahi dadah susah mahu insaf .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat ank2.. tgk gambar ank2 tu terus Haku tgk ank2 sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu aku sokong anak2 penagih diambik dan jaga under JKM.. Kita x boleh selamatkan penagih tapi kita boleh selamatkan anak2 depa dari jadi penagih dan jal kehidupan yg lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rsa gambaq atas rumah parent bini sbb katanya tgh bpantang kt rumah parent kn. Bwh rumah depa |
|
|
|
|
|
|
|
Hm. X tau nk ckp mcm mne. Angkut mak bapak dia pegi pusat serenti.
Anak2, gi hanta jkm. Rimas tgok uma berkeladak mcm tu. Rasa nk berus je. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga perangai makpak yg tak elok tu tak diwarisi anak-anak |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus... mesti ada ahli keluarga yg x sampai hati pi report agensi dadah sbb fikir nasib anak2 si penagih ni...igt ye....sekali ko menagih ..sampai mati ko akan jadi taik dadah ...rentikan lah kata2 semangat mereka akan berubah selepas kena tangkap...phuihhh sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mcm mn la boleh terjebak dadah ni hm |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 tu perlu ada org jaga..makin lama dibiar nti anak tu pun reti amik dadah jugak mengikut perangai buruk makpak.
Makpak tu boleh dibiarkan mati mereput je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih tengok anak anak terbiar
Dan mak pak sedap kongkek sampai keluar baby lagi...
Harap pisahkan.mak pak dengan anak anak..
Kesian..
Maybe dengan di bawah jagaan jkm..kehidupan bebudak tu lebih baik..
Sian nya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tengok gambar je dah rasa mual nak muntah...kesian anak2 hidup dalam keadaan gini |
|
|
|
|
|
|
|
blh plk dpt stok di musim pkp ni.. Ada kilang dadah yg masih beroperasi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya anak2..harapnya dapat kehidupan yang lebih baik selepas ini
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf org kuala kedah, tp nape klu ak baca artikel ,mcm mostly area kuala kedah je kes2 menagih ni. mcm hotspot pulak. sbb dekat dgn thailand dan pantai ke. aritu operasi kt nelayan. (yup, klu ak google pun ada berita metro, asst komisioner berazam jadikan kuala kedah sifar dadah-sbb masyarakat kaitkan kuala kedah dgn dadah). ak rs kena letak ka apmm kt situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki bini ni elok dimandulkn je...menyusahkn hidup anak2...dah tua nk mampos nanti golongan ni la yg buat citer anak2 buang la, tak peduli la. |
|
|
|
|
|
|
|
x sanggup baca dan tgk gambar, aku kalo citer camni rasa ngeri sgt imagine anak2 tu berada dlm kehidupan camtu.. harap jkm amik anak2 tu dan jaga.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|