Apabila ramai memperkatakan drama Melayu semuanya berkisarkan mengenai cinta yang memualkan, sebenarnya ia tidaklah tepat kerana menidakkan kualiti sesetengah drama lain. Masih ada karya yang baik serta kualiti lakonan bagus datangnya dari produksi kecil.
Antara yang diperkatakan adalah karya Mimpi Sumi lakonan Sazzy Falak dan terbitan Zizan Nin Production. Topik pedofilia dan penganiayaan seksual mengangkat cerita ini yang keluar dari kepompong norma masyarakat Melayu.
Malah, pujian melambung Nazril Nash sendiri terhadap lakonan isterinya (tanpa bias) menjelaskan kualiti lakonan pelakon lama lebih baik berbanding pelakon sekarang yang sekadar melontarkan skrip sahaja.
Zizan Nin turut mengucapkan terima kasih atas pujian tersebut dan berjanji untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
Kredit foto: IG
Rata-rata penonton turut terkesan dengan cerita ini dan lakonan Sazzy yang bersungguh-sungguh menghayati wataknya.
IG
Kredit foto: IG
Walaupun pernah ditayangkan akhir tahun lepas, namun disebabkan PKP (tiada produksi baru) maka ia ditayangkan sekali lagi dan membuat orang ramai mahukan cerita Melayu lain yang lebih realistik seperti ini.
Jadi, masih ada harapan untuk drama Melayu menambat hati penonton yang sukakan genre berbeza. Ia memerlukan sokongan daripada kita semua bagi memperbanyakkan produk yang lari dari klise dan tidak lupa pelakon yang benar-benar berlakon, bukannya sekadar bercakap di hadapan kamera semata-mata.
Kredit foto: IG
Tahniah untuk penerbitan Mimpi Sumi dan karya-karya lain yang bagus di kaca televisyen. - CARI
Post time 30-4-2020 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Belum berkesempatan nk tngok. Dah berzaman xtngok cerita melayu. Tp nmpak menarik dn iols mmang suka dngan sazzy. Dari klip2 tu nmoak best. Cuma rasanya budak tu xpandai berlakon. Yg jd anak tu.
Post time 2-5-2020 02:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
RatuDunia94 replied at 30-4-2020 01:46 PM
For me sazzy ni underrated actress in malaysia. Sayangnya x byk skrip yg sesuai dgn rupa urban sheol ...
Yeap. Dan walau muka urban, sheol helok ja berpasangan dengan muka tak urban seperti aruah Faizal ex husband Siti Nordiana tu. All time feveret ai ya, telemovie Surat Untuk Bulan. Cuma aiol rengsa dengan watak Bulan si Bienda tu walau muncul sekejap ja.
Sampai tak perasan ada drama ni. ... pooojaaan hati akak kalau bukan Beto Kusyairi yang boleh menggegar hati perempuan akak ni. ... Pastu baca pulak komen2 fans yang dah tengok telemovie, Perghh semua positive belaka. ... Ok, kalau ikutkan intipati dalam telemovie tu agak klise. ... Sama kan macam cite melayu lain.
betul la, byk sgt scene yg tak logik..mcm sekecik2 bende pun flop, apesal la tak tunjuk mak budak ni busy betul, cth balik malam, nak masak pun tak sempat, so beli food kat luar je ke...barulah boleh justify yg anak dia kne sexual abuse dia tak perasan cos shes too busy & tak sempat nk belek anak...ini i tgk elok je dia lyn anak dia, hantar g sekolah...tanya kabar anak..tp tetibe mati pulak..and then scene dia jumpa ex-husband tu, tak boleh ke dia buat dkt tpt yg terang sambil duduk minum...punya la bajet ciput tempat yg sama, baju sama tp borak dgn colleague dia yg sounds odd when she speaks english tu ckp yesterday i jumpe ex husband i..padahal baru kejap td ko berdiri kat tpt yg sama & pakai baju yg sama jumpe ex husband...oh my...cite ni tema dia bagus pasal pedofilia, tp execution dia very poor....i rasa kalo pengarah cite Nur yg buat cite ni mesti ok..ini hauk gila...