Di bulan Ramadan yang mulia ini, masih ada lagi manusia tidak berhati perut dengan menyeksa binatang.
Terbaru, tindakan zalim seorang lelaki mengheret anak anjing di sepanjang jalan dirakamkan seorang wanita yang berada di dalam kereta berhampiran.
Lebih menyakitkan hati apabila lelaki itu tidak mengendahkan permintaan wanita terbabit dan terus mengheret anak anjing berkenaan.
Ianya didedahkan oleh Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang meminta saksi tampil untuk menangkap lelaki tidak berperikemanusiaan itu.
Malah, warganet turut menyelar lelaki itu dan tertanya-tanya nasib anak anjing berkenaan.
Kredit foto: FB
Lebih menyayat hati apabila kelihatan tiga utas tali digunakan untuk mengikat anak anjing tersebut.
Kredit foto: FB
Akhirnya, seorang wanita tampil menjernihkan keadaan. Menerusi Facebooknya, Reenadi HF memaklumkan bahawa dia telah membeli anak anjing itu dari lelaki dalam video berkenaan. Dia juga telah merawat luka anak anjing itu dan memelihara haiwan berkenaan buat sementara.
Kredit foto: IG
Kekejaman dilakukan terhadap anak anjing itu turut mendapat perhatian pereka fesyen tanah air, Calvin Thoo.
FB
Difahamkan, Reenadi telah menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan yang kemudian datang membuat pemeriksaan.
Mengenai tindakan terhadap lelaki itu, Reenadi menjelaskan yang pihak berkuasa akan mengikut saluran undang-undang bagi mengheret lelaki berkenaan ke muka pengadilan. - CARI |