CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2941|Reply: 14

[Tempatan] Abang tetak adik lima kali

[Copy link]
Post time 25-4-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]

LELAKI parah di tangan, kaki, lengan dan belakang badan selepas ditetak abangnya dalam pergaduhan di dapur rumah mereka di Jalan Sekolah Rendah Kampung Kota Setia, Teluk Intan, semalam.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, mangsa berusia 38 tahun ditetak abang kandungnya dengan menggunakan parang panjang sebanyak lima kali.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, punca kejadian disebabkan pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek yang berusia 42 tahun.

Menurutnya, suspek didakwa memarahi ibu mereka sehingga menyebabkan wanita itu menangis dan mangsa cuba mempertahankan ibunya sehingga membawa kepada pergaduhan antara dia dengan suspek.

"Mangsa luka di bahagian jari tangan kiri, lengan kiri, kaki kiri dan belakang badan selepas dipercayai ditetak sebanyak lebih kurang lima kali dengan menggunakan parang.

"Ahli keluarga mangsa yang lain kemudian membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan dan mangsa menjalani pembedahan kecil di bahagian jari tangan kirinya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun katanya, suspek sudah melarikan diri dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih ke? Kalau ye, tak pelik
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Aku rasa penagih dadah dah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 02:06 PM | Show all posts
Tak penagih mesti kes mabuk sebab orang yang dalan situasi macam tu je sanggup menetak orang semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakak notice bulan poser akan keluar ler kes2 pelik especially yg melibatkan orang melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes2 tetak ni aku syak kelly ng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 25-4-2020 03:59 PM

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso
Confusing betul nama dia ni.. ingat kat indonesia td..
Marah mak kompem mintak mintak duit dadah ni.. umur 44 tahun kalau i la baik travel mana2 pakai duit kwsp drp sara taik dadah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2020 07:30 AM | Show all posts
Semoga sipelaku dapat diberkas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukan taik dadah, mesti freeloader pemalas peghabis duit mak bapak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya yang si adik tu tak perlu campur tangan pun kalau si abang bertekak dengan ibu dia.

Mungkin si adik tu pun mulut boleh tahan puaka cabar ego si abang tu.

Kalau berlaku situasi macam ni, elok si adik tu bawa mak dia jauh dari si abang.

Jadi nasihat untuk si adik, kalau tak nak keruhkan keadaan, jangan cabar ego si abang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2020 12:57 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 25-4-2020 03:35 PM
Hakak notice bulan poser akan keluar ler kes2 pelik especially yg melibatkan orang melayu...

isim kot,


ke pembela hantu raya, naik hantu,


ntah la,

tp aku pernah nampak sorang pakcik kene isim menlancap depan aku, tp dia tak melancap sampai ejakulasi, shj nak tunjuk aksi melancap...

oh lepas tu dia cakap melancap ni haram, sebab nnti berterabur anak 2 benih haram, jd kesimpulan yg aku  buat ialah, tidak mengapa melancap ddepan org, asal tidak keluar air mani ?


takpa la asal jgn parang org dah la...

tp ramai gak pompuan menjerit ketakutan, wa je rilek layan pakcik tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 28-4-2020 02:17 PM

Eeeyy jahatnyaaaa..
Abang ke abangsat nie??
Orang camni helok sangat mati kena Covid-19 je.
Semoga mangsa cepat sembuh.
Dan suspek dapat diberkas dengan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2020 10:54 AM | Show all posts
motip sangat parang panjang tu boleh diletak bersepah2.. adui kesian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.251271 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list