Kisah Ustaz Ebit Liew membantu sebuah keluarga di utara mendapat liputan hangat hingga netizen mendakwa ada sebuah video parodi dibuat mengenainya.
Menerusi perkongsian di Facebook, video tersebut mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelaku dalam video tersebut.
Netizen mengecam sekeras-kerasnya kandungan video tersebut dan menyifatkan ia mampu menimbulkan pelbagai fitnah.
Kredit foto: Asyraf Hairstyle Production
Pun begitu, jika diteliti penulis mendapati video tersebut sebenarnya menunjukkan sikap segelintir individu yang masih berkemampuan, tapi masih mahu menagih bantuan pihak tertentu dan suka mengambil kesempatan akan sikap pemurah orang lain.
Rezekinya halal, tetapi caranya tidak betul. Walaupun seseorang itu ditakdirkan Allah untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta.
Sebaiknya, gunakanlah kelebihan yang ada pada diri kita untuk mencari rezeki. Yakinlah bahawa usaha daripada hasil titik peluh sendiri itu lebih mulia berbanding meminta-minta dan mengharapkan simpati orang lain. - CARI |