CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9450|Reply: 102

[Tempatan] Muka Ibu Berubah Seakan ‘Nenek Tua’ Ketika Hamil 3 Bulan, Tapi Suami Tetap Puji

  [Copy link]
Post time 21-4-2020 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

"Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke-3. Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut. Tak pernah pembawakkan budak seteruk ni. Masa mengandung, hari-hari stress, nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati, hancur lebur."

JIKA saya merujuk kepada pakar, pastinya saya perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan yang sudah tentu memerlukan saya berhadapan dengan lebih ramai orang dan saya tidak mahu ia berlaku,” kata Nor Sahira Dalim, 27.

Nor Sahira tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi perubahan pada wajahnya sewaktu mengandung.

Menurut Nor Sahira, perubahan itu dikesan sewaktu awal kehamilan anak ketiganya pertengahan tahun lalu apabila mukanya mula berubah sedikit demi sedikit sehingga ke satu tahap, ada rakan yang sukar untuk mengenalinya.

Mengakui malu dengan keadaan wajah yang umpama jauh lebih tua berbanding usia, Nor Sahira menjelaskan, keadaan itu pernah diajukan kepada doktor yang memeriksa kandungannya setiap bulan.

“Doktor kata tiada keperluan untuk jumpa pakar jika saya tidak sakit tetapi semuanya terpulang kepada saya dan saya sendiri memang tidak mahu kerana akan lebih ramai orang lihat wajah saya apabila hadir ke temu janji dengan pakar nanti.

“Ketika itu, muka saya bukan saja mengembang dan berkedut malah kulit menjadi keras dan menggerutu. Saya anggap ia sebagai alahan mengandung yang mungkin berbeza berbanding kehamilan dua anak sebelum ini.

“Siapa sangka, di sebalik dugaan ini, saya dipermudahkan bersalin, malah masih mampu bergurau dan tidak rasa sakit ketika bukaan (untuk bersalin) sudah mencecah enam sentimeter,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.
Orang lain pun anggap perubahan pada wajah saya kononnya disebabkan bayi perempuan dalam perut ambil seri ibu, malah tidak kurang juga yang mengaitkan bentuk perut saya sebagai sedang mengandungkan bayi perempuan.

“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan tetapi apabila yang keluarnya adalah lelaki, mestilah gembira kerana anak sulung dan kedua adalah perempuan,” katanya.

Nor Sahira berkata, dalam berdepan ujian itu, dia tetap bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa di sisi meskipun pernah merasakan tidak sepadan dengan suami sendiri sepanjang tempoh wajahnya berubah.

Kata suri rumah sepenuh masa ini, suaminya tidak jemu memberikan semangat, malah tetap memujinya cantik walaupun pujian itu bagi Nor Sahira mungkin sekadar untuk menjaga perasaannya.

“Saya akui seakan hilang motivasi apabila lihat wajah sendiri menyebabkan saya sebolehnya mengelak untuk tengok cermin sepanjang kehamilan kali ini.

“Apa lagi ada yang pernah berkata mujur suami masih setia bersama saya dalam keadaan rupa saya begitu menyebabkan perasaan saya agak terganggu.

“Namun, motivasi saya kembali semula apabila suami akan tetap puji saya cantik. Saya tahu ia (cantik) tidak betul, mungkin dia hanya jaga perasaan saya dan mahu kurangkan tekanan yang saya hadapi tetapi ternyata ia memang melegakan,” katanya.

Nor Sahira berkata, dia tidak berhasrat untuk berkongsi kisah itu kepada umum sebaliknya hanya melakukan perkongsian di story WhatsApp yang tanpa disedari turut dihubungkan dengan story Facebook.

Disebabkan itu, katanya, lebih 100 kenalannya di Facebook bertanya perihal itu menyebabkan dia memutuskan untuk berkongsi secara hantaran di Facebooknya kerana tidak sempat membalas satu persatu mesej yang diterima.

“Tidak sangka pula perkara ini menjadi tumpuan ramai. Rata-rata mereka seakan tidak percaya perkara ini benar-benar berlaku kerana saya akui sepanjang rupa saya berubah sebegitu, saya banyak berdiam dan tidak aktif di media sosial.

“Cuma saya agak kesal apabila ada yang mengatakan saya melakukan suntingan pada gambar itu untuk menjadikan rupa saya lebih teruk. Ada juga yang kata saya gunakan gambar orang lain demi melariskan produk dalam talian yang saya jual,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2020 03:59 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-4-2020 05:15 PM
ramadhan mubarak...hahaha lepas sahur pi menulis!!!!!HAHHAAHAHAH

Ramadhan Kareem dear mbhcsf
ye itulah niatnya insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 05:15 PM | Show all posts

ramadhan mubarak...hahaha lepas sahur pi menulis!!!!!HAHHAAHAHAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 02:20 PM | Show all posts

no problemo mbh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 01:36 PM | Show all posts
ipes2 replied at 22-4-2020 12:26 AM
ha ha sy dok baca screenshots ni ha

tu hah mbh, sy dah beri sedikit input.. ye, boleh lah dikat ...

hoccay, cool .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 02:17 AM | Show all posts
Chah21 replied at 22-4-2020 08:36 AM
Haha tula kn.. sabo jela.. dtg mna tah lahai jerawat2 ni.. haritu detect pregnant sbb jerawat tumb ...

ha ha sampai sesuai jadi customer kepada penjual ubat antijerawat ye.. tentu mengerutu masa tu
ha ye mmg ada wanita yg check pregnancy dan didapati pregant sebab tetiba jerawat naik dgn byk dan mereka dah biasa dgn periods yg lambat / berterabur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2020 02:15 AM | Show all posts

beres sih!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 01:41 AM | Show all posts
shernazz replied at 22-4-2020 12:16 PM
Tapi doc
Normal.ke lepas bersalin banyak tahi lalat?
Apa sebab ek?

ta*i lalat tu moles shernazz, dan yes, jika kita pregnant, byk berlaku perubahan hormones dan metabolism
(ye lah, bayang kan dari setitis mani, nak jadi satu human, tentulah byk perubahan badan utk benarkan pertumbuhan sebegitu rupa, kan? Allah nyer cara)

jadi, jika pregnant, mmg:
1) moles yg sedia ada boleh membesar dan jadi lagi gelap (kena monitor kot kot jadi melanoma)
2) moles baru akan tumbuh (ha ini ok, eg kat muka, kat thighs, near nipples, genitals); ni hilang biasanya after delivery
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu pregnant anak 1st kulit perut menggerutu teruk & gatal2 sampai tiap2 hari aku akan pegang baju dgn dua2 tangan & sagat kulit perut aku dgn baju sampai mengelupas.. punyalah seksa..

Lepas je beranak Alhamdulillah gatal2 terus hilang & kulit jadi licin balik..takde langsung kesan gerutu & strecth mark..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 08:01 PM | Show all posts
pregnant anak pompuan dulu,
bak kata my friends,
bersinar sinar sangat..
memang perasan cantik lah, tengok gambar
pun cam wah lainnya ...
rambut pun lembut bersinar...

jerawat pun tak tumbuh langsung sepanjang pregnant....

cuma tulah morning sickness sampai hari bersalin,
lain kesihatan tip top.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 07:52 PM | Show all posts
amyza replied at 22-4-2020 12:41 PM
Bagus ni pembawaan tu pas kat laki. Untung lah. Aman2 jer preggy.

itulah alhamdulillah syukur sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-4-2020 09:59 PM
yup.sbb tu in our company policy, kita mmg utamakan semua pregnant ladies and mommies dlm semua ha ...

I don’t think this is common. Bcoz I tak pernah tgk anyone going thru this experience  when pregnant.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:30 PM | Show all posts
3 kali pregnant,2 girl 1 boys xde pape alahan..mcm biasa je org kdg2 x prsn mgandung ke x psl mmg dh kategori obes sblm pregnant..yg ptama dpt detect gbs positif ms 7 bln kna admit psl kuar darah & ttbe naik darah tinggi ms 39w trus naik ambulance bersalin normal with epidural,yg ke2 plak at 9w sakit batu hempedu myerang kna admit,gdm diet ctrl,ketuban leaking ms 30w kn ccuk dexa naik insulin kena plak cucuk insulin smpai 38w kna pkse bsalin, yg ke 3 baby boy br 6 bln.. mmg gdm diet control,at 8w kna msk OT buat ERCP due to cholestasis, GBS positif & darah tinggi jgk mkn ubt start 36w,induce at 38w..alhamdulillah smua ank2 sihat walafiat…
kesimpulannye tiap kali pregnant mmg mcm2 sakit dtg..tp papepun dgrla nasihat nurse & doc n control pemakanan ketika pregnant..
pas pregnant biasanya BP under control & MGTT buat lps bsalin OK..
I jgk dh operate buang hempedu Feb 2020..stakat ni masih OK sbb sentiasa checkup BP n insulin kt umh..mcm2 pgorbanan kte sbg pompuan utk melahirkan ank..untung dpt suami yg support & hargai isteri sedangkan kte……..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 22-4-2020 03:03 PM
iols punya kembang masa pregnant ..kawan office, tp dept lain kena tgk depan2 baru kenal ..kalau t ...

Hahaha....sampai hati mak sdr kata ko buruk
Tp mmg weh...dah la rupa buruk, kembang, badan pun kembang, hidung kembang, kaki kembang sampai kena beli kasut, sandal baru
Tp tu la pengorbanan seorang ibu masa kendong zuriatnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:03 PM | Show all posts
sukacactus replied at 21-4-2020 07:43 AM
Aku dl pregnant takat muka hidung kembang sampai aku lgsg xmo ambik pic waktu tu
Aku sdr nyampah tg ...

iols punya kembang masa pregnant ..kawan office, tp dept lain kena tgk depan2 baru kenal ..kalau takat lalu je dorg mmg tak cam iols..punya la kembang .dgn kaki xmuat kasut

sampai lepas bersalin, mak iols tgk anak iols...mak iols siap ckp .."patut la masa mak ko mengandung buruk..seri habis kaut dek anak "

tp akak ni kategori lg teruk la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ikanmasin replied at 22-4-2020 08:12 AM
yg pernah akk nampak masa sama2 check up kesian ada 1 perempuan ni tgk 1 bdn berkudis,kudis pl bukan ...

Bagus ni pembawaan tu pas kat laki. Untung lah. Aman2 jer preggy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggup tengok cermin kalau berubah jadi lain sangat2. sekarang dah kembali ke asal ke rupanya??
I dulu jadi berkerak part2 tertentu. Jenuh sental sampai merah tak hilang2 jugak, nasib tak melecet jer. Malu jangan cakap lah. Prggy anak pompuan je camni. Prggy anak laki, cantik glowing sampai perasan jelita dok tengok cermin setiap masa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-4-2020 12:24 AM
mekasih tag sy shernazz
dah baca dan dah tgk pix nyer


Tapi doc
Normal.ke lepas bersalin banyak tahi lalat?
Apa sebab ek?
Tetiba teringat kawan iols cite dia.lepas bersalin banyak tahi lalat..gaha..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasat nau perubahan kat muka. Kat bdn camne pula ye?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-4-2020 07:26 AM
Acne memang gitu hal nya Chah, sebab sebum production oleh sebaceous glands memang dibawah control ...

Haha tula kn.. sabo jela.. dtg mna tah lahai jerawat2 ni.. haritu detect pregnant sbb jerawat tumbuh melata smpai kena tarik org duk sruh beli product jerawat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.101541 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list