Foto Kredit: Siti Nurhaliza Offical
Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Voice of Asia telah digelar sebagai 'Permata Nusantara' oleh seorang warga YouTube dari negara jiran selepas video beliau mendendangkan cover Aisyah Istri Rasullulah menjadi tular.
Foto Kredit: YouTube
Video tular itu telah mencatat 1,960,515 tontonan sejak dimuat naik pada 10 April lalu (ketika artike ditulis). Jangan tak percaya, mat saleh pun hanyut mendengar suara lemak merdu Siti Nurhaliza.
Lebih mengharukan lagi, seorang peminat beliau telah berkongsi pengalaman bagaimana cover Siti telah memberi kesan terhadap dirinya.
Terharu dan tersentuh dengan bait-bait lirik dan melodi nyayian Siti, dia yang hanya dikenali sebagai 'sakit hati kite' telah memeluk Islam.
Foto Kredit: YouTube
"Saya minat CTDK (Siti) sejak mendengar lagu ini. Sudah tiga hari saya memeluk Islam.
"Saya bertanya kepada ustaz, adakah lagu ini punca saya memeluk Islam. Ustaz menjelaskan, lagu nyanyian CTDK hanyalah asbab saya memeluk Islam.
"Allah salurkan hidayah melalui keindahan maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.
"Semoga saya terus kuat mencintai nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK," katanya di ruangan komen.
Warga maya turut berkongsi rasa syukur dan gembira. Mereka teruja di atas penghijrahan saudara baru ini. Ruang komen balas dia telah dibanjiri kata-kata semangat dan ucapan syukur.
Foto Kredit: YouTube
Malaysia patut berbangga memiliki permata seindah Siti Nurhaliza. Apa pendapat anda? - CARI |