View: 2301|Reply: 15
|
Ayah Sakit Di Korea Selatan, 3 Beradik Mohon Bantuan
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan. Kredit foto: Google
Tiga beradik di Tuaran, Sabah merayu bantuan orang ramai bagi membawa pulang ayah mereka yang terlantar sakit di Mokpo Honkook Hospital, Korea Selatan. Menurut laporan Harian Metro, Mohd Nuruddin Abdullah @ Jalin Tompipi, 54 difahamkan telah diserang angin ahmar pada 7 April lepas yang menyebabkan kehilangan fungsi saraf separuh anggota badannya.
Anak sulung Mohd Nuruddin, Nor Shahzrina Mohd Nuruddin, 25, berkata, ayahnya bekerja sebagai pemetik buah di daerah Mokpo sejak Februari lalu dan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di kepala.
"Memandangkan ayah dan ibu sudah bercerai, kami tiga beradik buntu dan tidak tahu cara untuk membawanya pulang ke negara ini memandangkan kos yang tinggi. Malah, kos pembedahan sahaja sudah mencecah RM36, 000. Setakat ini, sebanyak RM20,000 dikumpul melalui bantuan keluarga, rakan-rakan ayah serta badan bukan kerajaan (NGO)," menurut Nor Shazrina.
Keadaan Mohd Nuruddin di Hospital Korea Selatan. Kredit foto: Harian Metro
Dua adik perempuannya masih menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dan Nor Shazrina pula bekerja sebagai seorang kerani sejak Disember tahun lalu.
Sebagai seorang anak, dia meluahkan perasaan risau terhadap keadaan ayahnya kini. Cuma seorang rakan Nor Shazrina yang sanggup membantu untuk melawat ayah mereka dan menyampaikan perkembangannya.
"ihak kedutaan Malaysia di sana juga ada membantu memberitahu keadaan ayah serta jumlah kos rawatan. Kami cuma mampu berharap, ada pihak yang sudi membantu bagi memudahkan urusan kami," kata Nor Shazrina lagi
Nor Shazrina berharap ada pihak yang dapat membantu mereka. Menurutnya, sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan agar boleh menghubunginya di talian 014-6539861. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Urm...kesian jgk baca..sggup pegi keje as pemetik buah je utk sara hidup...{:cryrun
Semoga cpt sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
bulan feb dah teruk kes covid 19 kat korea.apasal la pergi time macam gini |
|
|
|
|
|
|
|
ada covid-19 lagi tu...mcm mana nak bawa balik...minta tolong YB Tuaran lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korea kos tinggi...kena bawa balik.. kalau tak makin bertimbun bil |
|
|
|
|
|
|
|
Antara risiko kerja luar negara... pemetik buah ni legal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian umur dah masuk 54 kena kerja kutip buah...demi sara hidup anak-anak..besar pengorbanan ayah..
aku doakan yang baik2 untuk ayah mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya Malaysia tak tersenarai antara negara yang supply tenaga kerja asing disana. Kalau benar pasti dia juga tak ada insuran cover. Bila jadi apa2 company tak akan tanggung jawab semuanya atas ihsan dan tanggungjawab sendiri. Mungkin sebab itu anaknya minta bantuan orang ramai untuk menjelaskan bil hospital dan bantu process bawa pulang. Kos hospital disana dah ler mahal kalau makin lama pasti makin tinggi kosnya. Dengan keadaan wabak macam sekarang ni pastinya keadaan menjadi bertambah sukar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 17-4-2020 05:38 PM
Rasanya Malaysia tak tersenarai antara negara yang supply tenaga kerja asing disana. Kalau benar ...
Alahai... Camtu ya? No insurance no protection nothing. Memang risiko tanggung sendiri nampaknya. Harap kedutaan kita di sana main peranan |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya pihak kedutaan jadi orang tengah dan pengurusan je bab bayar bil keluarga juga yang kena cari cara nak bayarkannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa: Rasanya Malaysia tak tersenarai antara negara yang supply tenaga kerja asing disana. Kalau benar pasti dia juga tak ada insuran cover. Bila jadi apa ...
Jangannkata korea selatan, kat malaysia pun sama la kos adalah mahal untuk warga asing. Hanya rakyat malaysia yang berhak dapat kos rawatan serendag rm1. Kalau pergi korea selatan dengan status illegal shelai sepinggang takde insuran ape, memang dianggap menempah maut. Banyak rakyat malaysia camni. Dulu kan ada kes satu keluarga pergi bercuti tetiba ayah dia kena serangan jantung ke apa ntah penyakit dia, kena masuk hospital caj rawatan sampai beratus ribu ringgit sebab buat pembedahan. Kalau takde duit banyak usahlah berangan pergi jalan2 atau kerja di negara maju, takut nanti takde terkandas di sana sorang2. Kerja di malaysia kan banyak. Atau di singapura paling dekat. Ni kes nak cari duit cepat la ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Exactly, sebagaimana contoh kos check darah nak tahu kena demam denggi aje 80 ringgit untuk bukan warganegara..
Sampai nurse kata ruginya akak tak jadikan anak malaysian sebab kos mahal kalau sakit 😂😂
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik ni pegi kerja kutip buah kat Korea sebab nak kumpul modal untuk berhari raya ke apa. pegi jugak masa Korea tengah wabak Covid bulan februari tu. tak kena Covid dapat sakit jantung pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah jadi pemetik buah di negara2 yang berisiko atau tanpa ada cover insurance dalam aspek kesihatan.
ingatan pada diri sendiri
yg i tahu dua tahun lepas syarikat AIA kan? yg bagus insurance travel.sapa boleh confirm? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah perlu pergi kerja kt oversea yg xde insurance.. kt sini kalau pacik2 banyak kerja jadi security guard, driver lori tesco, potong ayam tesco etc... abah aku dulu pn jadi security guard nak menyara kami sekeluarga.... xde terfikir nak pergi spore walaupun kami dok negeri TMJ...sbb tahu risiko mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|