"Saya mohon maaf kepada polis dan menyesal atas perbuatan saya," kata Nursahira Mohd Mizuar, 20.
Usahawan hartanah Muhammad Azlan Al Amin yang sebelum ini tampil membantu Nursyahira atas kesalahan menghina polis dengan menjelaskan kos guaman sehingga kes itu selesai, selain menjelaskan wang ikat jamin gadis itu sebanyak RM5,000.
Terbaharu gadis berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada pihak polis. Azlan berkongsi perkara berkenaan permohonan Nursyahirah di laman Facebook miliknya dan berharap agar orang ramai dapat memberikan kemaafan kepada gadis berkenaan.
Menurut Nursahira kejadian itu memberi pengajaran dalam hidupnya dan berjanji akan mengubah kelakuannya supaya menjadi wanita lebih baik.
Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan
Beliau berkata sikap marah dan suka meluahkan perasaan di dalam media sosial harus dielakkan kepada sesiapa sahaja kerana ia boleh memberi kesan negatif dalam hidup.
Semoga menjadi iktibar pada semua orang.- CARI
|