Selepas Naim Daniel, Drama Band pula menyindir 'kluster kayangan' yang tular akibat sikap demand mereka terhadap petugas barisan hadapan.
Memetik mStar Online, kumpulan popular dengan lagu sindiran itu bagaimanapun sudah bersedia sekiranya dihujani kecaman warganet.
Kredit foto: IG
Kata vokalis Drama Band, Aepul Roza menjelaskan bahawa ciptaan lagu terbabit hanyalah sekadar menyuarakan pendapat mereka.
"Sebenarnya, saya dah bersedia jika ada pihak mengecam sebab keluarkan lagi lagu berbaur sindiran. Bagi saya, sampai bila nak hidup dalam 'takut' untuk menyuarakan apa dalam hati kita?
"Alhamdulillah, buat masa sekarang saya lihat lagu ini dapat diterima pendengar dan rata-ratanya setuju dengan lirik dalam lagu tersebut.
"Saya buat keputusan untuk memulakannya agar mungkin ada orang lain yang dapat jadikan ini sebagai contoh untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya kepada mStar.
Tambahnya, idea tercetus berikutan melihat ciapan frontliners yang mengadu mengenai sikap buruk golongan kluster kayangan terbabit.
"Ada yang kurang adab sampai menghina mereka. Jadi, lagu ini hanya teguran untuk mereka," jelasnya.
Dah dengar lagu 'Kayangan' dari Drama Band? Amacam, cukup pedas tak untuk kluster kayangan? - CARI
maeye replied at 16-4-2020 03:01 PM
kenapa aku rasa ok je dengan drama band. I know, I know, ada orang cakap, bukan budaya kita. But thi ...
for me, it's not art. tak subtle langsung.terlalu in-your-face, you know what I mean?
cth macam dlm ramai2 member ko, ni member yang kalau dia xpuas hati dgn org, dia sindir kutuk tapi xde seni gitu.
tak pandai throwing shades la senang cerita. konon nak berkias tapi obvious haha
pastuh bila org tanya, eh ko kutuk dia kenapa? dia akan ckp, "eh mana ada aku kutuk, aku nasihat je" pastu blah
x perlu kot nak melaga-lagakan lagi....y not buat lagu untuk menaikkan semangat frontliners.....tgk dalam vid ustaz ebit liew.....ramai frontliners yang dah nk give up.....gitu