Usahawan kosmetik yang penuh kontroversi, Nur Sajat meminta maaf kepada semua pihak berkenaan video yang menunjukkan dirinya berbicara mengenai belum ada pondan terkena wabak Covid-19 yang tersebar baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro semalam, Sajat atau nama sebenarrnya Muhammad Sajjad Kamaruzaman ketika dihubungi, menjelaskan yang video itu sengaja disunting dan dipendekkan pihak tertentu dengan niat membangkitkan kemarahan orang ramai. "Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab. Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19)," kata Nur Sajat. "Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan," katanya lagi.
Menurut Nur Sajat, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata nak bercakap mengenai isu itu. Jadi sebelum membuat andaian yang salah, Nur Sajat meminta supaya orang ramai menonton versi penuh video.
Berikut, adalah dipaparkan video penuh Nur Sajat yang bercakap mengenai isu Covid-19 ini dan anda nilaikanlah sendiri.
Kredit video: Youtube Cinca
Terdahulu, video yang tular di Internet dan media sosial itu mendapat kecaman daripada netizen. Ia turut mendapat teguran daripada pelbagai pihak termasuk penceramah, Ustaz Ahmad Husam dan Bilfami.
Cukup-cukup lah membuat kontroversi. Harap Nur Sajat kurangkan kenyataan menaik kemarahan orang ramai menjelang bulan Ramadan yang akan datang ini.- CARI
sama la mcm bff dia dia tu.....putar la selagi boleh.....sunting ke x sunting ke.....ayat tu mmg ko ckp kan....eh...dia ni bukan kat lebanon ke aritu...apsal dah balik ar...stay je la sana dgn boipren tercintah
"Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan," katanya lagi.
meols tak salahkan sajat 100% sebab ummah gigih salahkan heshe dan peponens lain dengan tuduhan sebab diorang ni habis ummah dilanda virus. Tapi lupa diri sendiri pon tak lekang buat dosa maksiat segala gitu lah...konsep tuding jari kat orang lain tapi diri sendiri lupa banyak buat dosa jugak. Contoh terdekat, parti liar kat homestay bebaru ni. Yang tu parti bapok ke?
Post time 16-4-2020 06:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg la xde peratusan pondan kene covid19. Sbb ade dua jantina je Guna kt msia. Sama ada die man or woman. Transgender xde valid lg kt sini. So jgn la confident sgt xde pondan ke jat. Ntah2 berlambak