Kredit foto: FB
Seorang petugas kesihatan, Dr Malarsanthi Santherasegapan menempelak segelintir individu yang meninggalkan kata-kata berbaur rasis terhadap pemakaian tudung atau penutup kepala bersama sut peralatan perlindungan diri (PPE).
Beliau memuat naik mengenainya menerusi Facebook serta berkongsi gambar beliau memakai tudung dan sut PPE berkenaan.
Kredit foto: Facebook Dr Malarsanthi
Komen-komen rasis itu berpunca dari satu ciapan organisasi bebas, Medtweetmy mengenai dana projek Tabung COVID-19 yang turut menyenaraikan jumlah tudung diperlukan untuk petugas barisan hadapan.
Kredit foto: MedTweetMY Official
Untuk info, projek tudung itu tidak menggunakan duit dari tabung berkenaan, sebaliknya dari sumbangan orang ramai.
Kredit foto: Facebook Dr Malarsanthi
Tudung PPE dipakai tidak kira jantina dan agama. Ia merupakan sebahagian daripada pakaian perlindungan diri atau PPE (personal protection equipment) yang bertujuan memberi perlindungan seluruh badan termasuk rambut, leher dan tangan pemakai.
Kredit foto: Facebook Dr Malarsanthi Santherasegapan
Beliau turut berkongsi beberapa komen rasis berkenaan.
Kredit foto: Facebook Dr Malarsanthi
Perkongsian Dr Malarsanthi menerima ucapan terima kasih daripada pelbagai pihak kerana telah membuka minda dan mendidik masyarakat mengenai perkara sebenar.
Sepatutnya, waktu ini kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia mengharungi serangan pandemik yang mengganas hampir di seluruh dunia. Bukannya mengeluarkan komen jelik sebegini.
Selidiklah dahulu! - CARI
|