CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 13

[Tempatan] KPM dijangka ubah takwim sekolah, jadual peperiksaan - Sumber

[Copy link]
Post time 13-4-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan meminda kesemua tarikh peperiksaan utama selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pengangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

Malaysiakini dimaklumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipinda kepada awal bulan Disember tahun ini, peperiksaan PT3 pula dijangka akhir Disember.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 pula mungkin dijadualkan pada pertengahan Januari tahun depan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula dikatakan akan dijadualkan antara Januari ke Februari 2021.


"Pihak kementerian kini sedang bermesyuarat untuk memuktamadkan tarikh-tarikh bagi peperiksaan itu dan dijangka akan diumumkan menteri dalam masa terdekat.

"Pemindaan itu perlu dilakukan memandangkan PKP dilanjutkan kerajaan dan keputusan kerajaan untuk tidak terus memulakan sesi persekolahan apabila PKP tamat.

"Jadi, perubahan ini wajar dilakukan bagi membolehkan murid-murid melakukan persediaan yang sewajarnya," kata sumber kementerian itu.

Tunggu pengumuman menteri

Dalam pada itu, Malaysiakini juga dimaklumkan sumber bahawa perubahan takwim persekolahan tahun ini sedang dirancang oleh KPM.

Katanya lagi, KPM juga akan melaksanakan pembelajaran di rumah termasuk melalui TV pendidikan.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Dua timbalan menteri pendidikan, Mah Han Soong dan Muslimin Yahaya ketika dihubungi pula enggan menggulas lanjut.

Sebaliknya mereka meminta supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh menteri ataupun pihak kementerian mengenainya.

"Maaf tuan, kita tunggu penyelarasan dan penjajaran semula yang akan diumumkan oleh kementerian," kata Muslimin kepada Malaysiakini.

Pada 28 Mac lalu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan peperiksaan SPM dipinda ke 16 November hingga 7 Disember ini, berikutan penularan wabak Covid-19.

Namun, tarikh UPSR kekal pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September.

KPM berkata, penjadualan semula dibuat selepas meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum subjek berkaitan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Jumaat lalu, ketika memaklumkan keputusan PKP dilanjutkan kepada 28 April, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan sekolah tidak akan dibuka lebih awal sehingga keadaan telah kembali pulih.

Kata perdana menteri, beliau sudah meminta Kementerian KPM untuk melaksanakan pembelajaran di rumah sepanjang PKP dan seterusnya sehingga sekolah dibuka semula.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 07:14 AM | Show all posts
Bila tengok perkataan Takwim teringat Siti Kassim.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-4-2020 07:14 AM
Bila tengok perkataan Takwim teringat Siti Kassim.........

aku pulak teringat siti tarudin


heeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang citer bulan 12 pun bakal budak skola sebab cmpur seminggu cuti skola n cuti pkp da sebulan lebih da ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya tak perlu la banyak2 lagi cuti sekolah bulan december nanti.. kan sekarang dah cuti lama

Meroyan la mak2 yang tak nak jaga anak tak sekolah.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak daa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg terbaik rasanya sekarang ni... Mudah2an  covid ni berjaya dikawal... Lama sangat dah bercuti ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je...  sesekali berubah..
Byk benda yg perlu berubah..
Sapa tau lps ni.. sekolah je sepanjang tahun. Tk cuba.. tk tau kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 10:17 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Batalkan je sessi persekolahan thn ni...gigih sgt..thn depan x per la thn 1 double pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Leganyaaaaaaaa
Meols sokong disember sekolah
Aritu dlm takwim upsr tak ubh tarikh
Penin meols dok mikir budak2 ni
Kalo tunda ke disember legaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2020 01:28 AM | Show all posts
chicozinn replied at 12-4-2020 11:47 PM
Senang citer bulan 12 pun bakal budak skola sebab cmpur seminggu cuti skola n cuti pkp da sebulan le ...

nanti ada gak yang bising chuols. katanya sebulan pkp mana ada cuti budak2 kena gak buat kerja kat rumah ingat diorang robot ke? abah danny salah satu nya

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2020 01:31 AM | Show all posts
patutlah 2-3 hari ni anak yg nak amik peksa tahun ni dok membuta je sepanjang hari..
releks je memanjang..macam dah pandai bebenor..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 14-4-2020 01:28 AM
nanti ada gak yang bising chuols. katanya sebulan pkp mana ada cuti budak2 kena gak buat kerja kat ...

Hmm..doplopat jam ke bebudak ni kne buat keje skolah?akk ipar aku pun merempan ckp ckgu bg byk kje skola kt anak2 dia tapi aku tgok celik je mata budak2 ni trus kluar rumah g main bkar2 smpah dari pagi smpai ke petang..mlm lak hadap henfon..hampasssnyehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 2.148057 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list