Selebriti, Nonny Nadhirah berkongsi mengenai situasinya ketika menghadapi penceraian. Walaupun pada mulanya dia enggan mengungkap cerita lama namun disebabkan banyak DM diterimanya mengenai penindasan wanita, dia terpanggil untuk memberikan beberapa tip penting.
Dalam sebuah entri beserta video yang telah dipadam, Nonny menyatakan yang dia cuma menyimpan rahsia ini seorang diri selama ini. Dalam masa sama, perlu berhadapan dengan masyarakat kerana tuntutan kerjaya membuatkan beban dirinya rasa tidak tertanggung. Namun, dicekalkan juga menghadapi takdir itu.
"agi kena perform, petang semalam baru kena cerai, korang rasa?"
IG
IG
Mengulas lanjut, Nonny menjelaskan yang dia juga tidak sekuat seperti para pengikutnya sangka. Malahan banyak kali dia terlalu mengikut perasaan ketika menghadapi musibah itu, namun berkat doa orang sekeliling, dia mampu menghadapinya dengan bantuan mereka terdekat.
"Gais, aku tak layak nak bagi korang advice sebab aku pun failed. Aku pun sama macam korang. Aku tak kuat."
IG
Bagaimanapun Nonny tetap memberikan beberapa panduan seperti jika berlaku lafaz cerai di luar mahkamah, perlu rujuk di pejabat agama berdekatan dan menuntut hak serta nafkah anak melalui saluran sah.
IG
Malahan Nonny turut menasihatkan setiap individu menjaga emosi dan berbaik sangka dengan Yang Maha Esa. Semua pendekatannya adalah ke arah kebaikan supaya diri sendiri tidak merana.
IG
Memang bukan mudah melalui penceraian yang kita sendiri tidak tahu puncanya, lagi-lagi perkahwinan yang dibina setelah bercinta selama sembilan tahun. Terdahulu, Nonny pernah mendedahkan antara punca perpisahan dengan bekas suaminya adalah kerana sihir pemisah namun kemudiannya dia menafikan perkara itu. Cerita itu hanyalah perkongsian dari ceramah dari Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali dan tidak mengiakan itu punca mereka.
Apa pun, perkara yang baik dikongsikan adalah lebih penting kerana tanpa benteng iman, pasti wanita yang bercerai akan kehilangan arah dan hala tuju. Buat Nonny Nadhirah, semoga yang baik-baik sahaja ya. - CARI
|