Ingat lagi tak kisah seorang gadis pembantu kedai yang dikenali dengan nama Nursahira Mohd Mizuar yang menghina pihak polis di laman media sosial pada 27 Mac yang lalu?
Umum pasti sudah tahu bahawa beliau telah dijatuhkan hukuman denda RM10 ribu dan 3 bulan penjara oleh Mahkamah Alor Setar, Kedah selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Kredit foto: Ihsan pembaca Facebook
Lebih malang, beliau kemudiannya dikatakan gagal membayar denda berkenaan lalu dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman penjara selama lima bulan.
Bagaimanapun, Nursahira bagaikan diberi peluang kedua apabila hadir seorang hamba ALLAH bernama Muhammad Azlan Al-Amin untuk membayar denda dan memohon ikat jamin.
Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin
Muhammad Azlan, seorang usahawan muda sanggup datang dari jauh semata-mata untuk proses permohonan ikat jamin dan bayaran denda serta rayuan kes tersebut agar Nursahira dapat dibebaskan.
Beliau berkongsi kisah itu melalui Facebook miliknya dan ia tular di media sosial.
Menurut Azlan lagi, beliau tidak merestui kesalahan yang dilakukan remaja itu, dan berharap remaja tersebut diberi peluang melalui proses rayuan ini untuk beliau memperbaiki kesilapan seterusnya membina kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin
Walau bagaimanapun, Mahkamah Seksyen menolak permohonan untuk penggantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan. Jadi langkah seterusnya adalah membuat permohonan rayuan di mahkamah tinggi dalam tempoh terdekat ini.
Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin
Kelihatan ayah kepada tertuduh yang tidak dapat menahan sebak di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Alor Star usai mendapat keputusan mahkamah tersebut.
Dengan doa dari ibu bapa tertuduh serta orang ramai, semoga permohonan rayuan di mahkamah tinggi mendapat perkhabaran gembira untuk Nursahira dan keluarganya. - CARI |