Pengarah Drama Nur, Shahrulezad Mohameddin
Kredit foto: The New Straits Times
Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin dalam status Instagramnya baru-baru ini, menyifatkan situasi yang terjadi kepada usahawan Datin Vivy Yusof adalah berpunca daripada latar belakang kehidupannya sendiri.
Jelas Shahrulezad atau Budak Ijat, Vivy kelihatan terasing dalam masyarakat Melayu berbanding tokoh wanita lain contohnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Dia nampak macam tak relate dengan kita. Bukannya dia tak baik. Cuma apa yang dia buat sangat tak sama dengan kita. Siti Nurhaliza pun kaya. Dia jugak ada banyak beg berjenama. Tapi, Siti sama dengan kita. Budaya, bahasa, pergaulan, sangat kita.
"Tapi, tidak untuk Vivy. Dia sebenarnya nampak terasing sangat dengan pasaran sasaran dia sendiri," kata Sharulezad.
Sharulezad berpendapat cabaran 'berbahasa Melayu dalam sehari' yang dibuat Vivy suatu ketika dulu merupakan satu sebab dia nampak terasing dengan masyarakat.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa Vivy, Shahrulezad menyifatkan usahawan itu seperti "budak Bangsar yang cuba bergaul dengan budak Felda".
"Dia jahat? Abang rasa dia baik orangnya. Vivy mungkin tak akan dipandang serong kalau dia lebih merendah diri dan lebih Melayu," jelas Sharulezad lagi.
Sharulezad mengatakan yang dia tidak menyalahkan Vivy sepenuhnya kerana kita harus melihat cara Vivy dibesarkan yang diibaratkan seperti dalam dulang emas.
Mengulas mengenai saranan orang ramai untuk menandatangani petisyen perletakan jawatan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, kata Shahrulezad dia mengambil pendekatan berkecuali.
"Bukan sebab abam menyokong dia. Tapi, abam lebih mengharap Vivy diberi peluang untuk mengubah sikap dan membuktikan peluang perniagaan yang diciptakan oleh ayah dia tidak disia siakan."
Kredit foto: IG
Beberapa hari lalu, pemilik syarikat Fashion Valet itu dikecam netizen atas dakwaan mempertikaikan bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tindakan itu menyebabkan Vivy dikritik hingga satu petisyen memintanya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan.
Akibat kecaman hebat daripada netizen, usahawan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya menerusi Instagram Live.
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Sharulezad. Kehidupan Vivy Yusof sangat berbeza daripada majoriti rakyat Malaysia. Namun, setiap orang ada melakukan kesalahan. Harap masyarakat dapat memberi peluang kepada Vivy Yusof untuk memperbaiki kesilapannya. - CARI |