|
Assalamualaikum , salam satu Malaysia,
Sempena bosan musim musim covid work from home ni, terasa nak share beberapa kisah seram yang tak berapa nak seram ni.
Gigih buat akaun baru. Lol.
Teman ni adalah insan biasa, tak dikurniakan sebarang keistimewaan nak tengok benda benda pelik tu semua.
Cuma kadang kadang ke kebetulan ke terserempak dengan kaum kaum dema ni.
Teman mulakan dengan kisah pertama:
Susuk
Adapun sedikit pengenalan, teman ni kerja bahagian kesihatan. Tapi bukanla frontliner bak kata omputeh. Lebih pada backliner tu pasal duduk
kat rumah time genting ni.
Peristiwa ni jadi lebih kurang 8 tahun lepas kot. Masa tu teman kerja di salah sebuah hospital di utara tanahair.
Kalau geng2 kerja hospital ni rasanya biasa dah nampak rakyat-rakyat yang ada susuk ni secara tak sengaja. Selalunya bila buat x ray la. Ada yang terus terang mengaku pakai susuk, ada yang sampai ke sudah tak mengaku. Tapi tak kisahla kan. Hak deme. Idok le teman nak membawang pasei itu.
Masa tu kat klinik, ada sorang pakcik ni datang sebab sakit tangan. Bila keme periksa kat tangan kanannya, nampak ada sebilah jarum kecik terkeluar sikit dari kulit. Sikit-sikit pun dekat 1 cm lah jugak rasanya. Kalau tengok macam boleh tarik je.
Pakcik tu datang hospital sebab nak mintak tolong keme keluarkan jarum AKA susuk tu. Habis keme semua kat situ semua terasa pelik. Kenapa pakcik tak tarik je terus? Pakcik tu kata tak boleh, banyak kali dah try tarik sendiri. Setiap kali tarik keluar, akan keluar darah banyak. Jadi pakcik terpaksa masukkan balik. Betui ke idak cakap pakcik tu Wallahualam. Pastu pakcik cakap, orang yang masukkan dulu dah meninggal, jadi pakcik dengan bijaknya memilih untuk datang hospital!! Oh Yeahh!!
Teman pun bijak jugak. Nampak bebenda pelik macam ni teman terus blah ke bilik lain sambil terus purak purak rajin tengok patient lain. Pakcik tu teman biorkan member teman setelkan. Member teman tu lelaki bukan Melayu, dengan lebih bijak bincang dengan bos teman yang bukan Melayu jugak. Adapun teman syak, member teman dengan bos teman yang bukan Melayu tu mesti tak tau hal hal kesusukkan ni. Bos teman pun suruh listkan pakcik tu untuk pembedahan kecil buang jarum minggu depan.
Pada hari kejadian pembedahan, teman susun jadual baek punya, bagi member teman tadi buatkan kes pakcik tu. Dah sah sahla member melayu semua tanak campo benda2 misteri macam ni. Member bukan Melayu tadi dengan penuh kenaifan dan suci hati pun pergila buat pembedahan untuk buang jarum tu. Teman selaku akak kawasan plus niat menyebok plus penuh semangat ingin tahu pun pergi tengok sekejap je kot. Tak sampai 5 minit pun, berjayalah jarum itu dibuang dengan uneventful nya. Pembedahan selesai, semuanya selamat, ujar member teman sambil mengoyakkan mask dan gown pembedahan ala2 watak doktor dalam drama pukui 7. Ceh, buang jarum je pun, kutuk teman dalam hati. Lepas tu keme pun pulang ke rumah tepat jam 5 sambil merasakan berkat betui gaji hari ni. Bajet bajet rajin sehari suntuk.
Malam tu kat rumah startla perkara misteri berlaku kat teman. Kurang asam punya susuk. Kebetulan minggu tu mak teman ada kat rumah. Saja datang melawat anak kesayangan dia. Teman naik atas nak sembahyang maghrib. Mak teman duduk bawah sambil jaga anak sulung teman. Masa tu teman baru ada sorang anak.
Tengah kusyuk sembahyang rakaat pertama sambil mulut kumat kamit, teman terdengar mak teman panggil nama teman dari bawah. Kuat jugak panggilan tu, macam cemas jugak. Maka teman pun demi mementingkan panggilan ibu plus takut ada apa2 kecemasan kat bawah, terus keluar solat dan berlari-lari jogging ke tangga. " Ye maaaak" sahut teman dengan penuh rasa anak mithali. Tetiba mak teman menjengok dari bawah tangga lalu berkata " Ape keheinya kamu? Kata nak semayang?".
Teman: Eh, bukan mak panggil ke? Sikit punya kuat suara
Mak Teman: Heh, mana ada, mengarut je kamu ni
Teman / Mak teman / Tangga: Krik krik krik
Takpelah, dengan menganggap telinga teman mengarot je, teman pun sembahyang macam biasa. Lepas tu makan. Lepas tu tidor. Teman ingat peristiwa tu berhenti kat situ. Tidak ye kawan2. Itu baru intro je. Malam tu teman bermimpi. Ada orang hulurkan baby lelaki kat teman. Teman tengok baby tu, bukan anak teman. Tapiii, sebab naluri keibuan yang kuat, bukan setakat teman pangku je, teman siap menyusukan lagi baby tu. Masa tu naif kot. Tak join forum lagi. Manala tau pasal susu susu baby ni. Kalau tau harus ku campak baby tu.
Esoknya startla penderitaan teman sekejap. Teman rasa badan tak sedap. Rasa menggigil selalu, macam lemah semangat. Sepanjang hari dedar macam nak demam, badan menggeletar. Bila maghrib demam. Buku lali sakit. Masa tu makan panadol 4 kali sehari. Teman ingat macam demam biasa. Walaupun sebenarnya tak rasa macam demam biasa. Dalam 3 ke 4 hari macam tu teman memang rasa macam lemah. Yang tak tahan ialah part menggeletar sepanjang masa. Macam takut.
Sampaila sorang kakak kat klinik tegur. Kakak ni staff situ jugak. Teman pun cerita la apa yang terjadi. Kakak tu kata agaknya teman keteguran kot. Dia macam pandai kaedah RIKI. Teman pun tak pasti apa tu. Dia kata untuk pulihkan semangat. Mula2 teman rasa macam tak percaya, eh tak payahlah, demam biasa je kot. Tapi petang tu rasa menggeletar tak boleh tahan, teman jumpa kak tu balik. Kakak tu letak tangan kat belakang teman. Dia kata teruk ni lemah semangat sangat. Lepas dia tepuk2 camtu, teman rasa sedap sikit badan, tapi masih tak normal macam biasa. Menggeletar tu hilang.
Hari Jumaat petang, lepas 5 hari, sebab shuben teman kesian tengok rupa teman yang tak rupa orang dah, dia pun buat cadangan bijak. Jom gi bercuti kat pulau tuuut hujung minggu ni. Teman ni memang kaki jalan, ada taik lalat kat kaki kata orang. Dengar je cadangan berjalan terus mengelinjang. Walaupun badan tak sihat, gigih pack barang pegi jeti petang tu jugok.
Dahla last minute plan, petang Jumaat pulak, memang berkejaran ke jeti takut terlepas bot terakhir. Nasib baik, tak sia2 keme jogging sambil bawak beg berat. Berjaya naik bot terakhir. Memang berpeluh peluh badan sepanjang dalam bot. Bila sampai je kat pulau tu, taraaa otometik badan teman terus rasa sihat. Hilang segala demam la, menggeletar la, sakit kaki la. Magik!! Shuben teman cakap, benda2 asing tu tak boleh ikut kalau kita menyeberang laut. Haha. Entah betui ke idak, idakla teman tau.
Lepas tu teman ada tanya2 staff lain yang ada masa pembedahan tu, ada rasa apa2 pelik tak. Dua orang staff perempuan cakap jugak diorang tak sedap badan lepas tu. Tapi takdela seteruk teman.
Kesimpulannya teman tak tau la betul ke keteguran makhluk susuk ke.. ataupun memang demam biasa je ke. Kahkah. Yang penting kalau ada pakcik datang mintak buang susuk pasni confirm teman rejek beliau.
Sekian kisah pertama, penat type weh. Sorry kalu tak seram atau penulisan membosankan. Tata titi tutu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi kat kawan miker yang ngeluorkan susuk tu yong? idak ke kena pape? |
|
|
|
|
|
|
|
tengok buku bank kaka pun dah cukup seram dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tt plak yg kene, bukan ke yg bedah tu kawan tt yg non-muslim tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Best laaaa tt nak lagi plss |
|
|
|
|
|
|
|
Teman ada jugak menanye, tapi dia steady je. Takde jadi pape pun. Mungkin niat ikhlas nak menolong kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hihi, kaka, yang ni part paling seram sekarang. Dahla roti gardenia susah dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itula misteriusnya. Mungkin niat tak baik sibuk nak bergosip, tu yang keteguran tu. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Time kasih awak.. first time menulis. payah jugak ropenye
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa dengar cerita pasal xray film aleh2 ada garisan panjang halus ... kadang halus2 byk2 (macam jarum)
Zaman skrg tak perlu risau nak masuk susuk sbb org skrg dah letak metal kat seluruh muka sampai putih melepak2 ... thanks to merkuri |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua..
Kisah tak berapa nak seram seterusnya ialah pengalaman menengok ustaz mengubat orang.
Adapun peristiwa ni terjadi masa teman tingkatan 2 rasanya. Teman bersekolah di sebuah sekolah asrama. Biasala banyak kisah-kisah angker time asrama tu kan. Urban legend kata orang kampung teman.
Hujung minggu tu cuti tiga hari, student dibenarkan pulang bermalam ke rumah masing-masing. Jadi ramaila kawan-kawan teman mengambik kesempatan balik rumah melepaskan rindu kat famili masing-masing. Tapi ramai jugak geng-geng rumah jauh yang redho lagi pasrah lepak je kat asrama tiga hari tu. Lagipun, kalau time time cuti lebih sikit macam ni, peraturan asrama tu takdela ketat sangat macam biasa. Yang penting aktiviti menyampah seperti gotong royong dan inspection dibatalkan.. yahoooo!!
Teman macam biasa termasuk dalam geng-geng lepak asrama dalam keterpaksaan. Udoh bapak teman kata tak payahla kamu balik wei. Mengabihkan duit tambang je.
Pagi sabtu tu teman dengan 2 orang geng lepak kat surau.( Kahkah.. giler alim, lepak surau tu.) Sekonyong-konyong datangla sorang ustaz menghampiri keme. Teman namakan Ustaz A la ye. Ustaz A ni antara ustaz yang sporting jugakla walaupun selalu sound member-member teman yang pakai tudung tak berapa nak siap. Contohnya zaman tu yang paling in ialah tudung ikat belakang. kahkah. Bajet cun la masa tu.
Ustaz A: Kamu semua free ke malam ni?
Keme (dalam hati): Apehal ustaz ajak dating berjemaah ke malam ni
Keme (secara oral): Free ustaz, takde apa aktiviti pun hari ni
Ustaz A: Baiklah, kalau camtu lepas Asar ni datang rumah saya ye. bla bla bla bla ..ubat. Bawak barang-barang nak tido sana.
Sumpah part bla bla bla tu teman tak dengor sebenarnya apa ustaz tu labun. Part ubat tu tetiba clear pulak. Jadi teman assume ustaz ajak keme pegi rumah dia tengok orang nak jual ubat. Kahkahkah. Adapun keme memang boring pun duduk asrama. Daripada mengadap makanan kat DM baik pegi rumah ustaz. Dijamin makan lagi sedap ye dok.
Maka lepas Asar keme pun berbondong bondong pegila ke rumah kuaters Ustaz A ni. Dekat je pun. Dalam kawasan sekolah. Sampai-sampai je kat sana, disambut meriah oleh ustaz sekeluarga. Pastu ustaz pun suruh keme tolong isteri dia kat dapur. Teman ingat lagi, masa tu kena goren keropok lekor. Lepas tu makan minum sikit, solat maghrib dan isyak. Sambil-sambil busy tu keme tertanya-tanya jugak, apa aktiviti ubat ubat tadi. Takde apa pun. Jadi lepas Isyak, keme pun dah duduk berlunjur atas tilam ready nak tido dah. Budak asrama memang 24 jam ngantuk je kejenya. Pantang nampak bantai. Tetiba ustaz ketuk pintu dan panggil keme semua keluar.
Keme pun dengan keadaan separa malas keluarla jugak. Tengok-tengok kat ruang tamu, eh ramai orang. Dari mana datang ni. Kat tengah tengah ada sorang perempuan duduk membelakangkan keme. Jadi tak nampak muka dia. Kat depan perempuan tu, ada Ustaz A dengan 2 orang ustaz lagi. Sekeliling perempuan tu ada keluarga dia dan beberapa cikgu sekolah jiran-jiran Ustaz A ni termasuk cikgu sains teman, cikgu B. Masa tu barula keme dapat hidayah.. oooooo sesi mengubat orang ropanya...
Lama jugak dialog-dialog sopan antara ustaz dengan perempuan tu. Perempuan tu masih suara perempuan, cuma lebih garau dan kasar. Antara dialog yang teman ingat
Ustaz: Siapa kamu ni
Perempuan: Saya C la (katakan C ialah nama perempuan tu sebenar)
Ustaz: Bohong. Siapa kamu?? Dari mana kamu datang??
Lepas dah tanya banyak kali baru dia mengaku.
Perempuan : Saya datang dari hutan pahang (huhuhu.. dia jawab sambil nangis mendayu-dayu)
Ustaz: Kenapa kamu ganggu dia?
Perempuan: Saya nak kat dia. Saya suka dia. Tapi dia tak nak saya.. Huhuhu
Ustaz: Kalau kamu suka, kamu keluar.. tinggalkan dia. Kesian dia..
Perempuan: Tak naaakkkkk.. tak nakkkkk.. saya suka dia
Eh degil betul benda ni. Part yang teman tak boleh lupa ialah bila ustaz suruh perempuan AKA makhluk tu ikut ustaz baca ayat kursi. Boleh pulak dia gelak sambil cakap, kau ingat aku takut ke hah? Hahahahah. Lepas tu dia ikut ustaz tu baca ayat kursi, ayat demi ayat. Sampaila ustaz tu baca ayat yang last, tetiba dia menguap pastu cakap haih, ngantukla aku ni. Nak tidola. Terus perempuan tu purak-purak baring.
Hah, nampak tak auta dia. Sebenarnya dia takutla kat ayat yang last tu. Akhirnya selepas sesi pujuk memujuk tak jadi, ustaz tu pun gunakan lada hitam sambil tekan ibu jari kaki perempuan tu. Maka perempuan tu pun meraung kuat gila, lepas tu terjelepuk senyap. Dalam keadaan keme yang terkesima tu, ustaz sound semua orang, tutup ibu jari kaki!!! Tak sampai seminit, tetiba cikgu B yang jadi penonton tadi pulak tumbang. Tiba-tiba dia duduk lepas tu nangis mendayu-dayu. Dah sahla ni dia dah pindah ke situ. Yang ni pun ustaz guna lada hitam terus, baru cikgu B sedar balik.
Apa yang jadi kat makhluk tu lepas tu idakla teman tahu. Sama ada kena tangkap ke, dia lari ke, Wallahualam. Cuma ustaz pesan lagi sebelum keme tido malam tu, masa tido tu pastikan ibu jari tutup ye. Sebab dia boleh masuk kot situ. Ate boleh bayangkan tak perasaan keme masa nak tido malam tu. Gebor udohla sehelai je. Kot tersingkap nampak kaki keme karang menjawab.. huhu. Nasib baik selamat semua sampai ke pagi.
Pagi tu lepas sarapan, keme pun berangkat pulang ke asrama dengan perasaan masih terpinga-pinga. Maklumlah pertama kali menengok peristiwa macam tu. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la, ramai gak orang-orang bersusuk ni. Ada kat muka, tangan, badan.
Kadang-kadang tengok macam tak percaya pun ada
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram jugak cerita ni.Dekat hospital mesti banyak lagi cerita kan.Sambung la |
|
|
|
|
|
|
|
Btw, keme tu maksud dia kami ke saya? Maaf ler baru belajor bahasa perak hehe |
|
|
|
|
|
|
|
covidjahat replied at 4-4-2020 01:09 AM
Tu la, ramai gak orang-orang bersusuk ni. Ada kat muka, tangan, badan.
Kadang-kadang tengok macam ...
ingatkan zaman Tok nenek kita ja Ada pakai susuk susuk ni. rupanya zaman sekarang pun ramai jugak ya...Kat Mana la depa ni pi buat? berani betul depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai susuk ayat pun susah nak sembahyang. Jangan amik ayat sebarangan kat tenet. Istihadah panjang, haid panjang..solat kemana |
|
|
|
|
|
|
|
Masa muda mudi tu memang terasa keseramannya.
Hospital memang banyak cerita.. huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ehhehehe, ye awak.. sorry ye
Teman = saya
Keme = kami
Deme = mereka
Kome / miker = awak
|
|
|
|
|
|
|
|
Susuk ayat tu cemana? Seram pulak mendengornye
|
|
|
|
|
|
|
| |
|