Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman Instagram peribadi beliau, Izreen Azminda kini kembali membuka ruangan tersebut untuk berinteraksi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam yang sebelum ini dilanda kontroversi membabitkan rumah tangganya itu turut memberitahu bahawa tindakan tersebut dilakukan bagi memberi ruang buat para peniaga dalam talian memasarkan produk mereka.
Kredit foto: Instagram Izreen Azminda
"Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk kay. Semoga murah rezeki ampa semua," tulisnya lagi.
Kredit foto : Beautiful nara
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di Instagram beliau gara-gara teruk dikecam oleh netizen disebabkan oleh beberapa isu yang terpalit terhadap dirinya.
Buat peniaga dalam talian, mungkin boleh cuba nasib pasarkan produk di ruangan komen Izreen, mana tahukan rezeki mencurah-curah? - CARI
|