|
Komposer dan pengkritik lagu terkenal, Datuk Ramli MS baru-baru ini telah berkongsi sebuah video menunjukkan hasil kerja tangannya memotong rambut sendiri.
Perkongsian itu ternyata mencuit hati netizen kerana hasilnya agak melucukan. Datuk Ramli telah berkongsi video tersebut di laman Instagramnya, malam tadi.
Kredit foto: Astro Gempak
Beliau yang mesra dipanggil Tok Ram itu memberitahu bahawa keputusannya untuk memotong rambut sendiri adalah kerana tiada kedai gunting rambut dibuka gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.
"Bila kedai gunting rambut pun tutup, buat sendiri lah. Lepas tu, salah potong.
"Aaah telengkupla semua.. Hahaha, sebelah tinggi sebelah rendah. Kira seni lah," tulisnya.
Ramai peminat yang mengikuti perkembangan Tok Ram memberi komen mencuit hati. Ada juga yang bertanya di mana Datin Alyah? Namun, Tok Ram tidak pula memberi respon.
Apa-apapun, sila duduk di rumah dan jangan ke mana-mana dalam usaha kita bersama membendung penularan wabak Covid-19. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|