Amyza Aznan baru-baru ini telah membangkitkan kemarahan netizen dan disebabkan itu ramai yang mahu memboikotnya.
Kesal dengan apa yang berlaku, Amyza kata dia dan beberapa lagi rakan artis sebenarnya difitnah oleh pihak tertentu yang mempunyai niat jahat.
Kredit foto: IG
"Hebat admin dan troopers. Fitnah yang anda rancang berjaya dan buat orang percaya dengan rancangan jahat anda," tulisnya di Instagram.
Pelakon ini juga memuat naik paparan skrin yang memaparkan wajah dan nama selebriti yang menjadi mangsa kecaman netzien.
Dalam gambar itu, disertakan sekali dengan tanda pagar 'Boikot Artis Sampah' kerana sebelum ini meminta bantuan khas untuk artis, hina netzien IQ rendah , tak hirau bawang netizen dan tak hirau sokongan netizen.
Kredit foto: Harian Metro
Beberapa foto perbualan beberapa orang selebriti yang didakwa menghina netizen tersebar luas sebelum ini.
Amyza dalam masa yang sama telah menutup ruangan komen Instagram kerana malas nak layan komen netizen.
Kredit foto: IG
"Saya banyak lagi kerja berfaedah dari menghadap benda negatif ni.
"Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut bila manusia tengah ralit, tiba-tiba dunia kiamat," tambahnya.
Wow, nampaknya isu ini menjadi semakin hangat dan bertambah tegang! -CARI |