Minggu ini hangat dengan isu artis seperti Black Hanifah dan Tomok yang merayu supaya kerajaan tidak meminggirkan anak seni yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKK). Menerusi video Zarina yang tular pada Sabtu, dia menegur sikap sesetengah artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada simpanan untuk masa depan.
Kata Zarina di dalam videonya, artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka, sebaliknya inisisatif yang diumumkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan sudah memadai.
Terbaru, reaksi Fizo Omar terhadap video Zarina Anjoulie tentang gaya hidup mewah golongan artis menaikkan kemarahan aktres itu. "Kesian pula aku tengok dia ni," tulis Fizo pada ruangan komen di Instagram RotiKaya.
Kredit foto: Instagram RotiKaya
Komen Fizo itu kemudian dibalas Zarina dengan nada menyindir. "Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cerai, miskin balik lepas itu menagih followers YouTube. Jadi, kesian kat diri kau," balas Zarina.
Susulan itu, ruangan komen pada Instagram itu menjadi sasaran netizen yang rata-rata menyokong tindakan Zarina menegur semula pelakon itu.
Tidak lama kemudian, Zarina turut memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.
Video kredit: YouTube DREAM'S STUDIOS
"Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa dulu, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau takkan dimana, kau masih mamat kampung. Ingat tak masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli, " kata Zarina dalam video YouTube ini.
Ujar Zarina lagi, "Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ni ke kau bayar balik mereka? Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing. Kau takkan merasa bawak kereta mahal kalau bukan sebab peminat".
Zarina juga menyelar artis yang suka mengambil kesempatan meminta sokongan peminat apabila ingin mempromosi barangan atau perniagaan tetapi kurang prihatin apabila ada peminat yang ditimpa kesusahan.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Zarina Anjoulie. Tidak dinafikan ada anak seni yang hidup susah tetapi kebanyakan artis pada masa kini, ramai yang menayang kehidupan yang mewah. Jika layak, tak salah jika memohon bantuan sama seperti rakyat Malaysia lain. Tak perlu diwujudkan bantuan khas kerana golongan artis juga disenaraikan dalan inisiatif kerajaan yang diumumkan baru ini.-CARI
Post time 30-3-2020 11:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jangan sesekali menaikkan kemarahan wanita.....bukan tamparan ko dapat dek....penghinaan yg akan melekat dlm hati tak ilang2 sakitnyaa dek....bole kemurungan
Post time 30-3-2020 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Anju ni dia tau cerita semua retis tp dia akan kantoikan sape yg cari pasal ngan dia jer..so retis2 yg xnak kantoi baik diam..hahaha..padan muka pijo...bodoh
Post time 30-3-2020 11:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ayat2 anju psl pemenat2 yg mengkayakan retis tu patut bg kat Black tu balik sbb dia ni la punca yg jadik kecoh skrg ni...mamat tu yg jadik virus sbnrnya ..lahanat sgt!!
Post time 30-3-2020 11:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pedas2 anju bagi. Yelah masa heshe jatuh orang kutuk tintong bagai, la ni turn the table tak gitu. Jangan kena saman sudah la
Time anju susah ngan lalai dulu, ko kecam juga netizen tu. Ko lupa nak berbudi dengan orang ramai. Bila dah berhijrah jadi baik tu jangan lupa dulu pun ko buat silap..ada artis lain dalam buat maksiat masih mampu tolong orang ribu riban
Post time 30-3-2020 11:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
KIM.K replied at 30-3-2020 11:34 AM
Pedas2 anju bagi. Yelah masa heshe jatuh orang kutuk tintong bagai, la ni turn the table tak gitu. J ...
Setuju...some people create different persona just to cover hati dia....maybe dia heart broken and kecewa or even lost tapi dlm hati masih penuh kebaikan...walopun hakak tak condone ler anju over exposed sexiness tu kan...moga hidayah kembali menjengah..