CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2597|Reply: 23

[Tempatan] Zoo Negara hanya mampu bertahan 3 bulan kerana impak PKP.

[Copy link]
Post time 30-3-2020 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-3-2020 03:32 PM

Zoo Negara hanya mampu bertahan 3 bulan kerana impak PKPBernama -

March 29, 2020 11:07 PM


Penutupan sementara sepanjang pelaksanaan PKP memberi impak kepada Zoo Negara yang meraih pendapatan daripada jualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai.


KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu turut memberi impak kepada Zoo Negara yang terpaksa menggunakan tabung kecemasannya untuk meneruskan operasi.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata keadaan haiwan di zoo itu masih dalam keadaan baik.
“Penutupan sementara sepanjang tempoh PKP adalah cabaran besar bagi menampung kos operasi Zoo Negara.

Hal ini kerana Zoo Negara memperoleh pendapatan daripada penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai.”
Rosly berkata, setakat ini tiada badan tertentu yang memberi dana kepada Zoo Negara sepanjang PKP.

“Dalam menghadapi tempoh PKP ini, pihak kami menggunakan tabung kecemasan sedia ada.”
Tabung kecemasan itu ialah peruntukan yang diwujudkan khusus oleh pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) untuk keadaan di luar jangka.

“Walaupun stok makanan untuk haiwan setakat ini mencukupi kerana penghantaran makanan haiwan oleh kontraktor yang dilantik masih berterusan dan tidak terjejas, tetapi tabung kecemasan itu hanya mampu bertahan 3 bulan saja.

“Jika masyarakat ingin menyumbang, kami sangat mengalu-alukan sumbangan itu dengan menyertai kempen ‘Adopt An Animal’.”
Rosly berkata, kempen itu adalah pakej yang dilaksanakan kebanyakan zoo di seluruh dunia bagi menambah pendapatan mereka bagi pembelian
bekalan makanan, ubat dan kebajikan haiwan.
Mereka yang mahu menyumbang boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/29/zoo-negara-hanya-mampu-bertahan-3-bulan-kerana-impak-pkp/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 07:36 AM | Show all posts


Kesian haiwan2 tu. I hope sesiapa yang berkemampuan boleh bantu. InshaAllah ai nak adopt la. The packages start from RM50, jom kawan2, jom beri sumbangan.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya si bulus2 ni semua. Packages ada 4; rm50, rm100, rm200 & rm500. Jom kita sama2 membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok iols nk sumbang sat lg. Zoo melaka apa cite eh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:16 AM | Show all posts
Adopt!
kecian kucen2 dlm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus bantu binatang dari bantu artis sangkak malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yyeah..retis patut rasa malu bila baca nj..sgup berebut peruntukan dgn marhein and zoo neGara
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 30-3-2020 09:12 AM
Yyeah..retis patut rasa malu bila baca nj..sgup berebut peruntukan dgn marhein and zoo neGara

Betul tu. Sarah Raisudin siap hina org lain setakat mampu makan daging burger.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 12:00 PM | Show all posts
Austronesian replied at 30-3-2020 09:33 AM
Betul tu. Sarah Raisudin siap hina org lain setakat mampu makan daging burger.

melampau nya..... contoh smiskin bila jadi kaya mcm drama2 tv3

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2020 10:04 AM | Show all posts
Zoo Negara rayu sumbangan daging, sayur dan buahBernama -

April 4, 2020 8:14 AM


Zoo Negara terpaksa menggunakan tabung kecemasannya yang hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja.
KUALA LUMPUR: Zoo Negara memerlukan lebih banyak sumbangan bahan mentah dalam bentuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan bekalan makanan di taman haiwan itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pegawai Zoologinya Wan Noor Hayati Wan Ab Aziz berkata ia berikutan makanan haiwan berkenaan sebelum ini diperoleh melalui hasil penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai.

“Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Kami mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menerima sumbangan daripada Tesco Malaysia dan Restoran Maruki Ramen melalui syarikat Kembara Kitchen, semalam.

Orang ramai atau pihak luar yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah boleh terus e-mel ke [email protected] atau sumbangan wang tunai melalui https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html.
Terdahulu, Zoo Negara menerima sumbangan bahan mentah berupa ayam, ikan dan hati ayam dari Tesco Malaysia dan Restoran Maruki Ramen.
Pengasas bersama Kembara Kitchen Yilyn Chan berkata pihaknya akan membantu menghantar sumbangan bahan mentah dari 2 syarikat berkenaan pada setiap hari Selasa dan Jumaat sepanjang tempoh PKP.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana berkata Zoo Negara terpaksa menggunakan tabung kecemasannya yang hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja untuk meneruskan operasi.
Tabung kecemasan tersebut adalah peruntukan yang diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.



Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:09 AM | Show all posts
Pekebun sayur atau kawasan penternakan yang ada lebihan makanan tu dari terbuang eloklah disalurkan ke Zoo Negara selain dari derma wang ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Austronesian replied at 30-3-2020 01:33 AM
Betul tu. Sarah Raisudin siap hina org lain setakat mampu makan daging burger.

Ewww..sejenis org susah jadi kaya terus lupa diri yaa..tak sangka mulut sejenis hazab tak pikir Tuhan boleh bayar cash sajoo skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayur dan buah busuk dari pasar borong kalau zoo negara boleh ambik kan bagus. Dah terdesak, haiwan tu boleh makan sayur sayuran yang direject tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 30-3-2020 09:01 AM
Bagus bantu binatang dari bantu artis sangkak malaysia

Yg terbaik buat haiwan haiwan ini adalah utk set them free roaming in their own natural habitat....kita punyai belantara yg luas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:47 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
How wonderful kalau adopt sang rimau dapat bawa jln raya ke rumah Piyem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 11:01 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sh00 replied at 4-4-2020 10:14 AM
Ewww..sejenis org susah jadi kaya terus lupa diri yaa..tak sangka mulut sejenis hazab tak pikir Tu ...

Dia tak sedar tu dulu org hina dia muka mcm hyppo sbb hidung kembang
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
u tengok Kat fb siap Ada no akaun sekian sekian. rasa takut scammer je. jadi persoalan nya macam mana nak derma ikut saluran yang betul?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Austranesia replied at 4-4-2020 04:20 AM
u tengok Kat fb siap Ada no akaun sekian sekian. rasa takut scammer je. jadi persoalan nya macam man ...

Kat atas tu dah ada forumer share no acc yg betul..bank in dlm acc tu je lah uols
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078519 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list