Kehilangan orang tersayang adalah perkara yang menyakitkan apatah lagi akibat wabak COVID-19 kerana jenazah mangsa tidak boleh diziarahi ahli keluarga terdekat atas faktor keselamatan dan hanya boleh diuruskan oleh pihak kesihatan.
Namun, sebaliknya berlaku di negara seberang, Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Keluarga pesakit enggan mengikuti kaedah pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dan mengamuk mahu membawa pulang jenazah ke rumah yang masih terbungkus dengan plastik menggunakan kenderaan peribadi.
Sebaik tiba, ramai sanak saudara dan jiran tetangga telah menanti jenazah yang dibawa dari hospital. Plastik yang membaluti mayat dibuka dan orang ramai yang berkumpul mencium jenazah tersebut.
Kredit foto: Facebook Rita Maria
Memetik laporan RCTI, pesakit berusia 34 tahun itu, baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah pertengah Februari lalu. Kemudian belia mengalami demam panas dan sesak nafas sebelum dirawat di Rumah Sakit Bahteramas Kendari sebelum disahkan meninggal dunia.
Pesakit telah menjalani uji saringan COVID-19, namun keputusan ujian masih belum diperolehi.
Bagaimanapun, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh di Instagramnya berkongsi info berbeza. Menurutnya kerana terlalu ramai pesakit, waris diminta menguruskan pengebumian dengan mengikut kaedah pengurusan jenazah yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Tetapi, suami dan ahli keluarga ingkar arahan tersebut dan menguruskan jenazah mengikut kaedah biasa dengan alasan untuk memastikan semua organ ada dan tidak diambil pihak hospital.
Walaupun mempunyai dua versi cerita berbeza, yang pasti tindakan membuka plastik jenazah tersebut akan merisikokan penduduk di kawasan tersebut dijangkiti COVID-19.
Menakutkan betul. - CARI
|