Tempoh perintah pergerakan kawalan oleh kerajaan kerana mahu mengekang penularan wabak COVID-19 disambung dua minggu lagi. Tidak mahu pelajar ketinggalan, ada sesetengah guru mengambil inisiatif mengadakan kelas secara online, melalui e-emel mahupun menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagi mereka yang berkemampuan, itu bukanlah satu masalah besar namun, sebaliknya pula bagi ibu bapa yang hanya 'cukup-cukup makan'.
Perkara ini dikongsi Cgu Din di mana rakannya terpaksa meminjam duit membeli tambah nilai kredit kerana anaknya diberi kerja sekolah secara online.
Katanya, dia bekerja sendiri dan duit yang ada sudah digunakan untuk membeli barang keperluan harian.
Kredit foto: Facebook Cgu Din
Hantaran ini menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi para guru dan ibu bapa.
Tak semua hidup senang...
Kredit foto: Facebook Cgu Din
Cikgu risau silibus tak sempat habis, anak-anak nak periksa...
Kredit foto: Facebook Cikgu Mohd Fadhli Salleh
Serba salah dibuatnya. Usaha guru ini membina soalan dan memberi kerja rumah sepatutnya dicontohi dan dipuji. Silapnya, mungkin terlepas pandang akan kemampuan pelajar dan meminta mereka menghantar secara online.
Mungkin juga ibu bapa boleh berbincang dengan guru kaedah terbaik supaya anaknya boleh menghantar kerja sekolah tanpa perlu menggunakan kaedah secara dalam talian buat masa ini kerana kekangan kewangan.
Apapun, kita yang di rumah ini pastikan anak-anak meulangkaji pelajaran walau cikgu tak bagi kerja, ya! - CARI |