Sama ada ianya 'bergurau' atau betul-betul tidak tahu, Hairul Azreen sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam slot santai bersama lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di laman instagramnya.
Dengan memulakan pertanyaan "Berapa minggu Encik jadi pemain nombor 1 dunia?" ia mengundang ketidakpuashatian para pengikutnya. Masing-masing seperti tidak percaya soalan itu yang akan terbit dari Hairul. Ia juga membuktikan yang Hairul tidak membuat 'homework' berkenaan latar belakang Lee Chong Wei sebelum sesi temubual tersebut.
Sesi live itu berlangsung dalam suasana baik dan Lee Chong Wei sendiri menjawab soalan tersebut dengan fakta iaitu "Saya tujuh tahun" tanpa memerli atau bertanya kembali soalan tersebut. Ramai menyifatkan Lee seorang yang merendah diri kerana tidak berasa tersinggung dengan soalan tersebut. Namun tidak bagi peminat bintang lagenda tersebut.
IG
Biarpun begitu perkongsian itu lebih banyak memberi manfaat apabila ramai teruja mendengar suara Lee Chong Wei sendiri serta berasa cemburu kerana Hairul dihadiahkan raket badminton oleh bintang negara itu.
IG
IG
Sebagai aktor yang berpengaruh dan mempunyai pengikut sehingga 4.4juta, Hairul Azreen seharusnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum 'live' dengan tetamu jemputan, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan bintang ternama seperti Datuk Lee Chong Wei. Jadi tidaklah nampak pemalas sangat kan? - CARI
Post time 25-3-2020 11:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Duduk rumah ni aku harap kekrul lembam banyakkan membaca..tambah ilmu..badan sado tapi bodo..tapi ye lah kan..mmg tu dambaan wanita sekarang ni..tapi mcm aku agak potong bila laki tu bodo..tak pandai takpa..jgn acah2 pandai mcm kekrul lembam
Dia ni elok diam bisu je daripada buka mulut. Rupa dah ok tapi once dia buka je mulut bersuara terserlah kebodohan kebengapan keterencatan dia! I kenot believe why fakenis married him haha! Tp dedua pun sama jer