Di sebalik kekecohan ketua keluarga (si suami) yang kalut membeli barangan dapur, ada satu lagi kisah menarik di pasar raya.
'Seekor dinasour' dijumpai sedang membeli barangan dapur, lalu aksinya dirakamkan warganet untuk dimuatkan di media sosial. Lebih mengejutkan apabila orang di sebalik dinasour itu ialah pelakon, Betty Rahmad yang menggelarkan dirinya Mummy Dino.
Menghiburkan!
Dalam kapsyen di laman Instagramnya, adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini menyatakan ianya dilakukan demi mengikut saranan kerajaan untuk menjaga jarak di luar rumah.
Aksinya itu mencuit hati pembeli dan pekerja pasar raya yang turut merakamkan situasi tersebut. Jadi, kekecewaan dek tidak mendapat barang dapur sedikit terubat kerana boleh membuatkan mereka di sekelilingnya tersenyum.
Rakan-rakan artis turut memberikan komen yang terhibur dengan aksi gila-gila Betty tersebut.
Dengan aksi melenggang ala-ala itik pulang petang, ternyata pemakaian kostum itu menyamai aksi dinasour yang pernah tular di barat.
Malahan, Buletin Utama TV3 turut memberi ruang untuk seekor lagi 'dinasour' yang kelaparan.
Twitter
Kredit foto: IG
Walau apapun, ikut saranan kerajaan ya semua. Keluar rumah bila perlu dan jaga diri ya. - CARI
So the para suami bolehlah pas ni gi supermart dgn kostum Spiderman, Batman, Ultramen, Wonderwomen, Zorro, Joker, dll sambil bawa lis barang2 yg hendak dibeli. Jgn lupa bawa shopping bag besar supaya tak perlu beli/bayar plastic bag pulak. Pasti meriah suasana di pasaraya trs.
Post time 24-3-2020 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Harap xde sape yg gatai p sentuh costume die pakai... Balik teruih bukak n basuh sebelum masuk kawasan rumah... Nak kecam pon xboleh sbb pakat masing2x tgh boring...