Sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia memandang kecil isu ini.
Ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab masih keluar tanpa sebab yang kukuh membuatkan nyawa orang sekeliling terancam.
Melihatkan situasi yang semakin membimbangkan, ramai selebriti dan individu berpengaruh di media sosial yang menjalankan kempen untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.
Sumber: Instagram Neelofa
Tidak terkecuali, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama menjalankan kempen ini, malah dengan cara yang sangat unik. Tokti telah memuat naik sebuah video yang melihatkan beliau menyanyi lagu ciptaannya sendiri bertajuk Duduk Rumah.
Nasihat ini jangan tak dihirau
Duduk rumah janganlah merayau
Corona virus haruslah dirisau
Duduk rumah janganlah melilau
Video Tokti ini mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan beliau dalam meringankan beban kerajaan untuk membendung wabak Covid-19
"Ni kalau Corona ada telinga, dia pun dengar cakap Tokti"
Apa-apapun, syabas buat Tokti! - CARI
|