CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 7

Pertama Kali, Sifar Kes Covid 19 Secara Domestik Di China

  [Copy link]
Post time 19-3-2020 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Perkembangan terbaharu wabak Covid 19 di China, buat pertama kalinya tiada kes baharu dicatatkan di wilayah Hubei pada Khamis.


Astro Awani yang memetik South China Morning Post (SCMP),melaporkan ia merupakan kali pertama di seluruh China tiada kes baharu membabitkan jangkitan dalam negara atau domestik.


Pun begitu, 34 kes baharu dilaporkan yang dijangkiti dari luar negara.


Kredit foto: Awani




Dalam pada itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan sebanyak 70,420 daripada 80,928 kes positif Covid 19 sudah pulih sepenuhnya.


Begitu juga dengan jumlah kematian yang dilaporkan semakin menurun dengan lapan kematian pada Khamis.


Keseluruhan jumlah kematiah di China ialah sebanyak 3,245.


Sementera itu, ada pihak yang mempersoalkan ketepatan data yang dikeluarkan oleh pihak China kerana kerap menukar kriteria diagnosis.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Flatten the curve!
Doakan kes jangkitan baru semakin menurun setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Malaysia pun pulih dengan cepat
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes luar pun tapi virus asal dari China jugak, akhirnye balik ke tempat asal

Diorang bertarung dari January lagi tapi rakyat diorang ramai 1.4 billion dapat kawal dalam masa 3 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 06:12 PM | Show all posts
Kita juga pasti akan bebas darinya jika semua pihak berkerjasama dan ikut arahan yang diberikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-3-2020 06:12 PM
Kita juga pasti akan bebas darinya jika semua pihak berkerjasama dan ikut arahan yang diberikan.

Setuju!!!...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
By Najib Razak


Setakat hari ini, lima negara dalam dunia telah mencecah jumlah 10,000 kes Covid - China, Itali, Iran, Sepanyol dan Jerman.

Hari ini juga, negara China mengumumkan tiada kes baru Covid domestik yang dapat dikesan semalam.

Kes-kes baru di China sekarang adalah kes import - iaitu pelawat luar negara yang didapati positif apabila tiba di China.

Ini jauh berbeza dengan situasi di negara Itali di mana kes-kes Covid semakin bertambah.

Semalam, Itali kata jumlah kes Covid negara itu telah meningkat 4,207 orang ke 35,713 kes dengan 475 kematian baru dalam satu hari.

Setakat ini, jumlah terkorban akibat Covid di Itali ialah 2,978 orang berbanding 3,245 nyawa di China.

Negara Itali hanya melaksanakan perintah kawalan pergerakan terhad pada 9 Mac apabila jumlah kes mereka sudah hampir 8,000.

Masa itu, warga Itali masih dibenarkan untuk bekerja dan perniagaan-perniagaan tidak diperlukan untuk ditutup.

Namun dua hari kemudian, Itali mengetatkan perintah kawalan mereka dengan mengarahkan semua perniagaan ditutup kecuali pasar raya dengan farmasi serta melarangkan warga mereka untuk pergi ke tempat kerja - sama seperti apa yang mula dilaksanakan di Malaysia semalam.

Hari ini sudah masuk hari ke-7 larangan lebih ketat negara Itali dilaksanakan.

Kita harap selepas hari ke-14 iaitu selepas tempoh inkubasi kuman Covid tamat, jumlah kes Itali akan mula menurun.

Bagaimanapun, pendekatan Itali adalah jauh berbeza dengan apa yang dilaksanakan negara China.

Negara China melaksanakan perintah berkurung yang amat ketat di negeri Hubei pada 23 Februari semasa jumlah kes masih di bawah 1,000 orang.

Warga Hubei juga memberi kerjasama penuh kerana sesiapa yang melanggar arahan kerajaan China akan dipenjarakan atau dikenakan tempoh kuarantin mandatori.

Akhirnya, langkah negara China itu terbukti berjaya dan situasi Covid di sana dapat dikawal dalam tempoh masa sekitar sebulan.

Dengan ini, Rakyat Malaysia patut memahami dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di negara-negara lain.

Kita perlu memberi kerjasama penuh dengan mematuhi perintah kawalan untuk duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak untuk keluar serta mengamalkan tabiat menjarakkan diri dari orang sekeliling semasa di luar rumah dalam tempoh kritikal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:59 AM | Show all posts
Patut China mohon maaf pada dunia kerana berpunca dari mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074895 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list