CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 15

Siswa Dikecam Pulang Ke Kampung, Salah Mereka Atau Arahan Tak Jelas?

[Copy link]
Post time 19-3-2020 05:11 PM | Show all posts |Read mode



Usaha pengekangan COVID-19 oleh kerajaan dibuat dengan mengenakan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Langkah ini sepatutnya membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Akan tetapi hal sebaliknya berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu menyerbu stesen bas dan balai polis bagi mendapatkan permit keluar daerah untuk pulang ke kampung terutamanya siswa institut pengajian tinggi.


Bagi para penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) pergerakan beramai-ramai itu tercetus apabila pihak keluar pekeliling universiti memaklumkan perintah kepada pelajar yang tinggal di kampus supaya mengosongkan bilik asrama mereka dan pulang ke rumah pada hari yang sama.





Kemudian, makluman soalan lazim (FAQ) Majlis Keselamatan Negara sekitar jam 2 petang pada hari yang sama turut memerintahkan semua pelajar universiti untuk pulang ke rumah masing-masing.


"Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan."elajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini," kata FAQ itu.

Kredit Foto  - Twitter Onenews




Ini menyebabkan sekitar jam 3 petang hari yang sama, media sosi@l kecoh dengan laporan para pelajar antara orang ramai yang berpusu-pusu di Terminal Bas Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun sebelum ini kerajaan telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan lebih 50 orang.
Walaupun pakar perubatan telah memberi amaran terdapat risiko terhadap kesihatan awam apabila siswa universiti pulang ke kampung beramai-ramai, pihak berkuasa mengambil masa untuk bertindak balas.

Akhirnya, pada jam 5.30 petang hari yang sama, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya, menggesa pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah.
MKN kemudian menyemak semula arahan terdahulunya pada jam 7.30 malam pada hari yang sama dan mengeluarkan perintah baru.
"elajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus berada di dalam kampus masing-masing," katanya pada FAQ yang kedua.
Kelihatan di ruang komen orang awam  menyalahkan tindakan siswa yang sebenarnya adalah mangsa keadaan kepada kenyataan MKN yang tidak konsisten itu.



Kredit Foto - Twitter Ravin Palanasamy




Antara tweet yang dikongsikan siswa yang kecewa dengan arahan pihak kerajaan.










Kredit Foto - Ihsan Pembaca Twitter




Terbaru, pelajar universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang masih berada di kampus atau kediaman peribadi, termasuk pelajar antarabangsa, dilarang pulang ke kampung halaman atau negara asal sepanjang perintah kawalan pergerakan walaupun sudah membeli tiket pengangkutan.


Kredit Foto : Malaysiakini




Ah sudah. Betul-betul menyusahkan siswa. Salah siswa juga ke? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dari awal lagi gov kita ambik mudah isu covid ni.. dari awalll lagi.. rakyat dah marah2 baru nak sekat kemasukan pelancong cina.. tu pun awal2 sekat yg dari wuhan aje..siap gelak2 masa sidang media..
tak ambik serius pun..duk sebok tambah mesen kesan suhu kat airport buat apa.. kan dah tau dari awal covid ni boleh berjangkit tanpa demam atau apa2 simptom pun..

pastu sebok dengan isu  tukar kerajaan pulak.. tenggelam kejap isu covid..tak terfikir nak suruh self kuarantin untuk rakyat yg balik dari china.. dah merebak melalui pengerusi uda tu pulak.. tak terfikir nak sekat perhimpunan berskala besar.. berlanjut pulak kes2 dari perhimpunan tabligh tu dah.. ye la ada je rakyat yg degil berhimpun jugak.. tapi kalau disekat dan dikuatkuasa betul2 boleh je dikawal

bila dah mencapai 790 kes.. baru nak buat arahan sekatan pergerakan kali pertama, buat pun tak explain dengan  jelas ..sekat pun sekerat2..  sepatutnya sekat je semua pergerakan domestik pun.. bas2 awam pun.. stay where you are..

ikut je ajaran nabi jangan keluar dari tempat wabak.. student u pun kuarantin je di dorm/rumah masing2..sekatan pergerakan sepatutnya untuk elakkan close contact.. tapi sebaliknya pulak berlaku..

beribu orang berkumpul di tbs..duk pulak dalam bas berjam2.. kalau ada jangkitan.. bawak pulak ke kampung masing2..habissss
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
DO atau Minah lagi???.....baik cari cara/idea penyelesaian.....kalo...'can't buy back yesterday'(bon jovi).
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala Hotak lah......

Ank kezen aku kena kosongkn asrama....pastu bg warning tak blh balik naik publuc transport...kena mak pak yg amik......eh bodoh...ingt semua mak pak tu kaya ke....yg tak de keta dok perlis ank kat johor mcmana?.....

Kezen aku kat perak....ank kat segamat...terpaksa suruh kezen lg sorang amik kan ank dia ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 06:36 PM | Show all posts
mati kutu oo dok lelama dlm kolej
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian student
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku, yg dok kecam2 student balik kg tu tak pernah jd student kot. Universiti/ kolej pun tak pernah jejak. Lulus spm pun takat2 cukup makan thats y dok kecam tak hengat.
Yg patut dikecam. Mak pak bodoh yg dpt cuti tp masih nak balik kg bawak anak2 nak jumpa tok nenek kononya smbil perabis beras, ayam itik, sayur mayur tepi rumah.
Tapi sebenarnya takda duit nak berjimat cermat menyusahkan mak pak yg dah tua.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku IPTA IPTS ni tersilap langkah..Patut tunggu arahan Menteri KPT..ni terus suruh kosong..nk kata xcerdik semua prof dekan bagai..

Benda common sense gini menteri KPT pon lmbt pikir..

Jadi mangsa nya bdk2 la..tp if biar xbalik kang berdating plak memasing..yelaaa,dah xde keje nk buat..still akan jadi jugak..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2020 04:58 PM | Show all posts
anak aku pun dpt arahan kosongkan asrama by ptg tu jgk

tp aku bernasib baik sbb asrama agak dekat so blh pi ambik

student2 lain yg dok jauh utara timur selatan tu

tak ke kelam kabut nk kena cr tiket bas bagai

ujung2 salahkan student plk  

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni silap University.xpaham apa yg dismpaikan.tergesa2 suruh bdk2 keluar kolej.
u adik ai rilek je.xde pon suruh balik ke kosongkan kolej ke apa.dh bgtau siap2 kelas xde.tu je .
Ai pon dh warning adik siap2 jgn nk brsesak kt airport.kang brjangkit bwk ke kg.mak abah dh la xsihat sgt.
Dok je senyap2.xde mknn ai panggilkan grab food.tp alhmdulillah cafe mmg xttp.senang bdk2 nk tapau
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes student ni aku kesian.. Kalo yg kat hostel tu dpt arahan srh kosong kan hostel.. Mn la dia org nak duk...kalo yg duk rumah sewa x pe la.. Blh stay sana diam2 je.. Kalo anak aku kn mcm ni pun aku gelabah biawak.. Anak ko..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya university kat mesia ni
Takde bincang dulu ke action plan
Nway university kat UK dia tutup berperingkat
Kelas semua online
Library , canteen, hostel buka tak tutup
Ofis byk yg tutup
Siap ada food bank mintak staf derma sbb depa tau susah nak cari makan even online mungkin di bandar kurang kedai yg bukak
Next week pun dah easter break jadi student mungkin plan balik kg
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2020 07:07 PM | Show all posts
dia ada pro n cons la...u know budak2 bila duduk kampus yang mungkin ada 14,000 orang, ko rasa boleh sesenang control ke? haa gitulah bayangannya. Walaupun duduk hostel, tapi diorang akan share toilet dan tempat public yang sama, eg cafe. So peratusan nak terdedah tu agak tinggi juga lah.

Mungkin diorang boleh arahkan students balik secara berperingkat, dan guna pengangkutan universiti atau sewa bas luar. Tapi naik bas pon boleh je terdedah kan. Haaa macam tu lah ditelan mati mak ayam, diluah mati bapak ayam...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2020 07:10 PM | Show all posts
dagusengett replied at 22-3-2020 05:11 PM
Bodohnya university kat mesia ni
Takde bincang dulu ke action plan
Nway university kat UK dia tut ...

kat usm pon buat macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:56 AM | Show all posts
Bende jadi terlalu cepat jadi ramai pihak tak get ready dan plan betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:24 PM | Show all posts
pendapat aku, aritu suruh dorg dok asrama je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.081751 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list