|
Setelah beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, nampaknya kedua-dua pasangan gila-gila, Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal ke fasa seterusnya.
Kredit foto: IG
Penyanyi Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran bekas pengacara Hlive! Nabil Mahir. Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya.
Ayda juga memuat naik foto bersama cincin lamaran yang diterimanya pada ulang tahun penyanyi itu yang ke-28.
Menerusi kapsyen, Ayda memaklumkan bahawa lamaran tersebut merupakan hadiah ulang tahun yang paling bermakna untuknya.
"The best birthday gift ever. I said yes!," ditambah dengan tanda pagar #helockmeforever #BilAydaJatuhCinta.
Manakala, Nabil turut memuat naik foto Ayda Jebat di laman instagram miliknya dengan kapsyen "She said yes!" pada gambar berkenaan.
Sebelum ini, Nabil juga banyak memuji penyanyi berkenaan dengan mengatakan bahawa Ayda merupakan salah satu perkara yang terbaik terjadi dalam hidupnya.
Sehubungan dengan itu, ramai rakan artis dan sahabat handai memberikan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan seperti Mira FIlza dan Ernie Zakri.
Kepada Nabil dan Ayda, cepat-cepatlah kahwin. Benda baik buat apa nak tunggu lama-lama, kan! - CARI
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|