Pagi tadi viral di group ada masjid yang "senyap-senyap" jemaah subuh masih melebihi 40 orang jemaah, dihadiri sendiri imam (dibenarkan), bilal (azan - dibenarkan), ajk masjid (tidak dibenarkan), orang majlis agama sendiri (tidak dibenarkan), dan individu-individu yang dah dapat "greenlight" (tidak dibenarkan) dari imam masjid. Alasan, tak sedap dengar azan tapi tak pergi masjid etc. Disebabkan arahan larangan aktiviti masjid telah dilanggar, dan tak mungkin polis boleh memantau setiap pergerakan setiap orang, dan situasi ini mungkin juga sedang dan akan berlaku di masjid-masjid dan surau di tempat anda.. maka kita sebagai orang yang masih waras, nampaknya perlu mula menjaga komuniti sendiri dengan "mula bertindak" jika ada orang yang masih berkumpul/ buat kenduri/ buat jemaah di masjid.
...terus drive pergi balai polis berdekatan senyap-senyap buat laporan polis.
Kalau arahan terus menerus dilanggar, tujuan larangan perintah pergerakan mungkin tidak akan berjaya, seterusnya bakal menyebabkan bencana jangkitan virus covid-19 yang lebih parah dan seterusnya menyebabkan kita semua di lockdown 100%, seterusnya sangat tidak mustahil bakal menerima bencana kemelesetan ekonomi. Bersediakah kita semua untuk langsung tidak mendapat dividen ASB, TH, KWSP, etc tahun depan? Kalau belum.. jika nampak ada perlanggaran.. jom kita bertindak..
...terus drive pergi balai polis berdekatan senyap-senyap buat laporan polis.
Hukuman penjara 2 tahun atau denda jika sabit kesalahan melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1987.
PS: Italy kena lockdown pasal perangai macam ni la asalnya.
Pautan:
Pusat Pengurusan Operasi Negara 03-88882010 FB PDRM JAKIM
Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Majlis Agama Islam Negeri Pahang
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis
Majlis Agama Islam Negeri Selangor
Majlis Agama Islam Negeri Negeri Sembilan
Majlis Agama Islam & Adat Melayu Negeri Terengganu
Majlis Agama Islam Negeri Sarawak
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Majlis Agama Islam Negeri Sabah
majlis Agama Islam Negeri Melaka
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bilal dikehendaki pesan solat di rumah selepas azan di WPBernama -
March 18, 2020 7:00 AM
KUALA LUMPUR: Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz “hayya ‘alassolah” (marilah menunaikan solat) akan diperlahankan bagi Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad.
Cadangan itu disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi memaklumkan kepada Agong, Sultan Abdullah.
“Berhubung dengan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, antara cadangan lain berkaitan kaedah azan:
Azan tetap akan dikumandangkan seperti biasa kerana ia syiar Islam.
Setelah azan, bilal hendaklah berpesan “solatlah di rumah atau tempat kamu” dalam bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ini bagi meraikan beberapa hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad. Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) menghukumkan sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian selepas azan.
Katanya, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri sebentar tadi, semua arahan yang dikeluarkan di peringkat negeri mestilah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun begitu, isu berkaitan agama Islam diselaraskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, katanya.
Berkenaan pengurusan jenazah korban Covid-19 yang beragama Islam, ia hendaklah dilaksanakan sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini iaitu jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah itu.
Kelonggaran itu diberikan kerana ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah, katanya.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kes ke-178 dan kes ke-358 atas pemergian mereka. Pemergian mereka pada hakikatnya tragedi yang memilukan buat negara,” katanya.
Post time 18-3-2020 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku bukanlah orang yang sewenang2 je buat sesuatu, tapi iols control family kepala batu pakai polis je. Baik sedara mara, kaki drama atau jiran
Pagi2 tadi ada jiran ketuk pintu ajak mak iols melawat orang sakit. Iols cakap no-no kat mak
Post time 18-3-2020 10:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tapi kalau kita kat rumah mana nak tau aktiviti2 selfish ni berlaku. sape2 yg nampak sila viralkan je kat internet maybe boleh guna hashtag spesifik biar polis senang cari
I kjer klinik. Patutnya datang kalo ada kecemasan shaja. Sekali yang datang kes2 mengarut. Selsema, gatal2, check kolestrol. Bila ditanya kenapa dtg time ada perintah ni? tak takut covid ke? Jawapan: Sbb hari ni cuti. Saya keluar sbb gi klinik. If ada appt ok je. Betul la. Rakyat tak heran dgn perintah ni
Post time 18-3-2020 01:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tadi ada lalu statu berbau2 keagamaan kat whatsapp... Amboi agamanya, silap2 orng tu sembahyang pun tak.
Geram sangat.
1st status berkaitan tak puas hati sebab masjid tutup. Mall dan kelab malam buka,
2nd status pasal azan, sebab kononnya tak akan ada azan sambung menyambung dah seluruh dunia ni.
Kalau tak fikir takut gaduh, dah balas dh status tu.
Betapa la orang tu tak ada ilmu dalam hal2 gini. Bukan ka agama pun melarang kita membuat sesuatu yg memberi lebih kemudaratan berbanding kebaikan. Nak pahala 70kali lipat, tapi mudaratkan orng lain pun tak elok juga.
Pasal azan, boleh je bilal azan. Kan dia diizinkan masuk surau/masjid.
Golongan degil abadi mcm ni layak kena covid, biar berkesedaran sikit.