CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4706|Reply: 24

Bonda Rozita tak sanggup lagi tanggung malu dengan perbuatan Aliff Syukri

[Copy link]
Post time 12-3-2020 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 12-3-2020 10:26 AM

Hati mak sakit sangat - Ibu Aliff Syukri

KUALA LUMPUR: Sudah puas menegur, Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai apa yang didakwa kedegilan anaknya berubah.

Kesal Aliff terus mencetuskan kontroversi termasuk terbaru, memuat naik video tangisan ‘darah’ bagi mempromosikan single Ingin Bahagia, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.

Membuka kata dengan mengulas mengenai single terbaru anaknya itu, Rozita yang memiliki tujuh cahaya mata, meminta Aliff menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi.

“Sebenarnya, apa yang kita buat, itu yang kita dapat. Dengar baik-baik Syukri, sudahlah lagu tu... Mak bukan niat nak menjatuhkan kau tapi sebab mak sayang.

“Dah tak tahu nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah jadi profesional.

“Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun hendak menunjukkan benda merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu, mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua.

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri. Semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu,” katanya.

Dalam video berdurasi dua minit 29 saat yang dimuat naik di Instagram (IG), Rozita terlebih dahulu memohon maaf kepada Aliff kerana terpaksa berkongsi rakaman berkenaan.

Rozita mendakwa tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan Aliff.

Dakwanya, dia sudah menggunakan pelbagai cara iaitu iaitu menegur baik-baik, marah, menjerit dan menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp.

Namun, tambah Rozita, nasihatnya tidak diendahkan Aliff.

Rozita berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung malu atas sikap anaknya itu. Malah, dia tidak rela dilabel tidak pandai menjaga anak.

“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak.

“Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah... Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.

“Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik tak ikut macam itu? Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa?” katanya.

Rozita turut mempersoalkan kenyataan yang sering dibuat Aliff, konon hidupnya menderita. Sedangkan kata wanita itu, kehidupan anaknya serba lengkap.

“Apa yang derita sangat? Berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau... Tak nampak ke?

“Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk - A, B, C dan D, orang cakap bukan untuk niat nak jatuhkan kau.

“Sebenarnya, memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak,” katanya.

Sebelum mengakhiri video berkenaan, Rozita sempat berpesan kepada Aliff supaya menjaga maruah ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak.

“Bukan diri sendiri, tetapi, pandang maruah kami semua. Siapa? mak ayah, adik-beradik dan anak-anak kamu, Syukri. Mak sayang kamu.

“Mak minta maaf banyak-banyak. Mak terpaksa buat komen secara terbuka kerana sampai masa mak bersuara, “ katanya.

Perkongsian Rozita yang dimuat naik kira-kira enam jam lalu sudah merekodkan hampir 300,000 tontonan dengan lebih 2,000 komen.

Rata-rata netizen simpati dengan nasib Rozita dan faham perasaan ibu yang hatinya disakiti dan terluka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2020 10:27 AM | Show all posts
Betul ke propa je..
  


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:33 AM | Show all posts
bunda ingat sokri makan saman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:47 AM | Show all posts
lantak korang la anak beranak...
ni duit lhdn  tak masuk2 lagi ni apahal
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 12-3-2020 10:47 AM
lantak korang la anak beranak...
ni duit lhdn  tak masuk2 lagi ni apahal

Lain kali buat 29/2..thn dpn buat 28/2/2021
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:23 AM | Show all posts
NurAlia14 replied at 12-3-2020 11:03 AM
Lain kali buat 29/2..thn dpn buat 28/2/2021

tu la..nyesal tak ikut member buat 29hb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2020 11:36 AM | Show all posts
masalahnya ko reti ke tidak yg anak ko tu mental illness???

leter panjang2 pun tak guna makcik oiiiii! pi la bawak berubat anak belut jantan kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:39 AM | Show all posts
ala..sembang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 11:52 AM | Show all posts
mesti kecik2 tak pernah kena pukul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 12:55 PM | Show all posts
propa je ni
ckp la kt ank sendiri
nape lak ckp kat socmed
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 01:14 PM | Show all posts
mcm2 depa nieeehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 01:16 PM | Show all posts
zulka replied at 12-3-2020 10:47 AM
lantak korang la anak beranak...
ni duit lhdn  tak masuk2 lagi ni apahal

lambat sis tahun nie, staff LHDN yg claim 3 weeks before rakyat marhaennn pun blm dpt.. kte nye sbb gov tukar kn. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 02:46 PM | Show all posts
mak dia ni pun kadang propa mcm dia.
tak tahu nak percaya ke tak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 02:59 PM | Show all posts
korang anak beranak smua takde whatsapp group ke??? apehal gigih sgt mak tegur anak ikot socmed???? direct call pun boleh je kan....mental illness anak beranak nak perhatian netizen
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 03:57 PM | Show all posts
aku pun x sangup nengok ... mental dah tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 04:56 PM | Show all posts
Kowser melayan dua beranak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 05:29 PM | Show all posts
betul cakap mak dia..dato alif ni hensom ,kaya,bahagia bersama anak bini emak..nak ape lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
doa ibu kan makbul
mohon acik rozita sumpah alif jd babi.tu je yg layak buat alif ni
jenis yg bodoh bangang x reti jaga maruah keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jasmeen replied at 12-3-2020 05:29 PM
betul cakap mak dia..dato alif ni hensom ,kaya,bahagia bersama anak bini emak..nak ape lagi?

khueeen
acah2 derita..mak dia pun cakap, apa lg yg kurang.harta menimbun, ada anak bini,followers,family
skali Tuhan betul2 tarik nikmat smpi tido bwh jembatan kang baru ada akal kut
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 06:27 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 12-3-2020 06:18 PM
khueeen
acah2 derita..mak dia pun cakap, apa lg yg kurang.harta menimbun, ada anak bini,followers ...

mungkin dia kena buat depression screening kot..sebgab semua yg fizikal dah ada tapi aspek batin/rohani seperti masih tercari cari
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.357235 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list