Walaupun terang-terang lirik lagu bertulis "LGBT pergi mampus" dalam lagu "Akhir Zaman", apa yang dipromosikan Bunkface bukanlah bersifat kebencian.
Dalam ulasan Sam, vokalis kumpulan itu melalui BH Online mengenainya;
"erkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa, tetapi ia fokus kepada gerakan komuniti terutama mereka beragama Islam di negara ini.
"Memetik sebaris ayat dari kitab suci al-Quran, 'engkau agamamu aku agamaku' menerusi surah Al-Kafirun ayat enam. Mesej lagu ini hanya ditujukan kepada mereka beragama Islam.
"Lebih-lebih lagi, lirik lagu ini dihasilkan dalam bahasa Malaysia kerana majoriti umat Islam terdiri daripada bangsa Melayu. Ia supaya jelas, nyata dan terang untuk difahami."
Ahli kumpulannya, Yook dan Paan juga bersetuju dan mahu pegangan islam dibawa dan ditunjukkan melalui lagu mereka tersebut.
Sam turut menegaskan bahawa mereka tiada niat mahu membenci mana-mana individu atau menyebarkan kebencian terhadap mereka.
"Apa yang kami tentang adalah gerakan LGBT yang sedang mempromosikan hak secara terang-terangan di Malaysia. Lagu ini ditujukan khas kepada mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.
"Yang haram tetap haram. Definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang ditetapkan Allah SWT," katanya.
Setelah melihat semua kritikan positif dan negatif, Bunkface tetap menerima sebarang kecaman yang ditujukan terhadap mereka mengenai lagu itu.
"Kami menerima kritikan positif dan negatif yang diberikan. Alhamdulillah, berdasarkan komen yang diterima, majoriti rakyat Malaysia memberi sokongan kepada mesej disampaikan. Terima kasih."
Bagaimanapun, Akhir Zaman telah dipadam dari YouTube kerana mengandungi "Hate Speech violation". - CARI |