Kumpulan Search sekali lagi berada dalam situasi tanpa Amy setelah ahli kumpulan itu tidak merasakan keserasian bersama lagi.
Ahli kumpulan Search yang lain mahu meneruskan projek serta melangsungkan konsert, namun Amy yang sering sibuk menyebabkan kumpulan ini tidak aktif lagi.
Mereka yang terkini iaitu terdiri daripada Nasir Daud selaku pemain bass, Kid (gitar utama), Din (gitar irama) dan Pae bekas pemain dram XPDC yang telah menggantikan tempat allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada tahun lalu.
"Amy tidak boleh komit apa-apa," ulas Nasir Daud mengenai situasi ini.
Beliau juga mahukan jawapan sebenar daripada Amy sekiranya mahu mengundurkan diri daripada kumpulan itu.
Nasir Daud turut berkata; "Kalau betul dia tak nak lagi, kita nak kan satu farewell konsert untuk peminat dan juga kita minta satu blessing daripada dia untuk band ini move on."
Walaupun begitu, Nasir Daud dan ahli kumpulan lain sentiasa membuka ruang sekiranya Amy berundur dan kembali semula ke kumpulan tersebut.
Datuk Awie pula berkata; "Saya sebagai orang luar, mendoakan supaya benda ini tidak menjadi keadaan yang sangat keruh."
Dia juga menegaskan yang dia tidak mahu persahabatan kumpulan Search diputuskan kerana kesibukan dan meminta Amy mengizinkan kumpulan itu untuk menggunakan khidmat vokalis lain dan meneruskan kehidupan.
"Jangan ada permusuhan, jangan ada kedengkian dan sebagainya, kita tidak berniat untuk mengeruhkan kerajaan.. eh, mengeruhkan kerajaan pula, mengeruhkan keadaan," katanya kepada Kelkatu Tv.
Sumber imej : www.ilassotickets.com
Kumpulan Search bakal melangsungkan persembahan konsert Apologia dan Awie pada 28 mac 2020 di The Bee, Publika. Dapatkan tiket anda di laman sesawangan www.ilassotickets.com.
|