"Kereta mahal, otak takde!"
Ungkapan ini biasa anda dengar, kan? Ini tidak dinafikan kerana ramai pengguna jalan raya di Malaysia masih mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.
Tular di media sosial kesesakan jalan raya akibat sebuah kereta meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan. Menyusahkan betul!
Kredit foto: Twitter Farhan
Warga maya turut kecewa dengan sikap pemandu kenderaan yang tidak beradab ini. Malah, ada yang turut mendedahkan siapa pemilik kenderaan berkenaan.
Kredit foto:
Sebelum ini, memang telah ada kajian yang dibuat mengenai sikap pemandu oleh Profesor psikologi sosial di University of Helsinki's Swedish of Social Science, Jan-Erik Lönnqvist.
Kajian ini secara dasarnya membuktikan bahawa kekayaan dapat merosakkan minda seseorang dengan tingkah laku tidak beretika termasuklah ketika memandu.
Meskipun begitu, ada juga lelaki dan wanita yang memandu kereta mewah dengan berhemah, manakala kaitan antara sikap tidak beretika dan kereta mewah hanya dijumpai pada golongan lelaki.
Untuk rekod, kejadian ini berlaku di Bangsar yang lazimnya dihuni golongan elit dan pemandunya adalah seorang lelaki. Nampaknya, kejadian ini telah membuktikan teori tersebut. - CARI
|