Delhi kini menjadi lokasi target terbaharu gelombang keganasan dan rusuhan kumpulan protes Anti-Muslim sejak petang Ahad lalu.
Kejadian ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya lebih 30 nyawa dengan yang beratus lain cedera dalam keganasan dan konflik agama paling teruk dalam dekad.
Kredit foto: Hindustan Times
Katanya ianya berpunca dari pengenalan undang-undang memb@bitkan kewarganegaraan - Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) India yang mendapat kritikan ramai pihak dan disifatkan sebagai 'wujud diskriminasi' selain tidak menepati perlembagaan sekular negara, lapor Al Jazeera.
Ia kemudian merebak menjadi pertelingkahan antara agama, yang menyaksikan ramai penduduk Islam menjadi sasaran.
Rusuhan itu kebanyakannya bertumpu di kawasan kejiranan majoriti Islam seperti Maujpur, Mustafabad, Jaffrabad dan Shiv Vihar di timur laut Delhi.
Kredit foto: Hindustan Times
Terbaharu, Kementerian Dalam Negeri India (MHA) memaklumkan seramai 514 suspek telah ditahan dan disoalsiasat dan menjelaskan yang jumlah itu dijangka lebih ramai lagi, sepanjang siasatan dijalankan, lapor Hindustan Times.
Kementerian menyeru supaya rakyat tidak mudah percaya kepada khabar angin sekaligus menjadi mangsa kepada pakatan jahat dan kumpulan yang ingin mencetuskan ketegangan kaum.
Kredit foto: The Statesman
Dalam pada itu, langkah-langkah pembersihan telah diambil bagi membaiki semula jalan dan kerosakan harta benda awam di kawasan-kawasan rusuhan termasuk memastikan lalu lintas kembali normal.
Kredit Foto - www.thenewsminute.com
Dalam negara mana sekalipun, sekiranya tiada toleransi rakyat berlainan agama dan bangsa ia akan membawa kepada perpecahan struktrur sosi@l seterusnya rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi. |