Menjalani kehidupan sebagai seorang remaja amatlah mencabar untuk dihadapi jika tiada panduan. Salah memilih kawan, tiada hala tuju, asyik memikirkan keseronokan menjadi punca utama remaja kita hanyut ditelan arus duniawi.
Kredit foto: Carian Google
Kecoh harini apabila seorang remaja malang telah dilaporkan meninggal dunia kerana dicabar oleh rakan-rakan untuk menelan dadah atau dengan kata lain 'pop' di sebuah kelab hiburan.
Telan 'pop' sehingga 'overdose' kemudian mati
Seorang pengguna twitter dikenali sebagai @PejuangJlnLurus telah memuat naik beberapa video yang memaparkan beberapa orang remaja yang merakam video rakan mereka yang kelihatan menahan kesakitan kerana 'overdose' dadah.
Yang menjadi kekesalan apabila remaja tersebut dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan wajah rakan-rakan mangsa tersebut terpapar jelas dan telah pun viral.
Namun, tidak dapat dipastikan apakah tindakan selanjutnya yang dikenakan terhadap rakan-rakan mangsa yang telahpun viral tersebut.
Sedih melihatkan perkara sebegini terjadi. Kawal pergaulan anak-anak anda supaya perkara-perkara seperti ini tidak berulang.- CARI |