CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3190|Reply: 24

[Tempatan] zaman bn dedulu dan zaman sekarang

  [Copy link]
Post time 21-2-2020 11:39 PM | Show all posts |Read mode
zaman bn dulu dulu , seronok je kan buka facebook, forum, twitter, orang share meme, edit gambar. untuk fun, takde tindakan sangat kan

contohnya alya sediakan





bebas je kan zaman dulu.
cukup lah jentera parti bagi penerangan balik



sekarang ni takut nya .... nak share apa apa pun takut kecuali dari media massa saja.

sikit sikit nak report polis

orang yang minat politik ni ada macam macam, jadi politician kena la tabah.

ada yang melawak sikit sikit, terus kena report polis

takutnya...

lambat lagi ke 3 tahun ni...

dekat Tebrau ni pun ramai nak ubah dah ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2020 11:55 PM | Show all posts
alya dah ada pengalaman kena angkut PC dan kena masuk dalam kan

cerita la sikit pengalaman kena tangkap dulu tu

biar jadi pengajaran yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 11:57 PM | Show all posts
jangan risau saudari, keGALAUan ini akan berakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
betul.. skrg ni nak share apa2 kat fb rasa takut.  dah x mcm dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kebebasan kita atau kebebasan mereka.....sebenarnya???????
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ringkasan berita hari ini:

1. Indeks Bursa jatuh lagi ke 1,531 mata - iaitu 365 mata sejak PRU14.

2. Ringgit turun ke USD1 = RM4.20 - iaitu turun 37 sen sejak PRU14.

3. PDRM dan Pejabat Peguam Negara tubuh pasukan khas untuk siasat dan cari penyebar berita palsu berkait Guan Eng hingga ke lubang cacing.

4. Seorang netizen didakwa dalam Mahkamah setelah membuat posting berkait Guan Eng 3 hari dahulu.

5. Harga minyak naik 2 sen.

6. Harga kereta Honda naik sehingga 9.25%. Kerajaan PH umum sistem AP kereta akan dikekalkan walaupun pernah dijanji untuk dihapuskan. Jumlah pemegang AP ditambah 9 syarikat lagi tahun ini setelah PH menambah 36 syarikat tahun lepas.

7. Peguam negara gugurkan kesemua 34 pendakwaan berkait LTTE dengan alasan ianya sukar untuk menang dalam perbicaraan.

8. Peguam negara suruh Menteri KDN kaji semula gazet kumpulan pengganas.

9. Hotel-hotel TH masih kekal dijual kepada Kementerian Kewangan.

10. Dividen KWSP dan Hibah Tabung Haji masih belum diumum.

11. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berlangsung malam ini.

12. Johari Abdul kata PH akan melancarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti bagi memperingatkan Rakyat bahawa PH belum mati.

Harapan to organise more activities so people know its 'alive and kicking'
https://www.malaysiakini.com/news/511777

13. Najib  beri kenyataan kepada PDRM (pagi) dan SPRM (petang) tentang rakaman audio telefon yang didedah oleh SPRM.

14. MB Selangor tegas untuk menebang 2,300 hektar hutan kekal untuk projek pembangunan campuran kerana mahu cegah hutan terbakar.

15. Mat John masih Menteri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Janji nak hapuskan AP tu mmg hancingggg cinng cekeching
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
X per...ini bukti suara rakyat...5 thn kita ubah..belum 5 thn dah mcm kebabian berlaku apa kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2020 10:41 AM | Show all posts
Saya bersetuju dengan TT, memang ada perbezaan yang amat ketara sebelum dan selepas PRU14. Sebelum ini rakyat Malaysia mendapat perlakuan yang tidak manusiawi daripada pemerintah seperti di bawah ini:

Berikut adalah senarai orang hilang sebelum pemerintahan PH:

1. Amri Che Mat - November 2016
2. Joshua Hilmy - November 2016
3. Ruth Sitepu - November 2016
4. Raymond Koh - Februari 2017

Berikut adalah kematian yang mencurigakan sebelum pemerintahan PH:

1. Kevin Anthony Morais - September 2015
2. Teoh Beng Hock - Julai 2009

Berikut adalah penahanan rakyat Malaysia yang tidak adil sebelum pemerintahan PH:

1. Siti Noor Aishah - April 2017

Mungkin masih ada banyak lagi kes seperti ini yang saya terlepas pandang.

Kita dapat pastikan, kejadian seperti tidak akan berulang lagi dengan memilih PH pada PRU15

#neveragain
#undilahkerajaanyangtakculikrakyat
#undilahkerajaanyangtidakkejamdenganrakyat

#pakatanharapanpru15
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 22-2-2020 10:41 AM
Saya bersetuju dengan TT, memang ada perbezaan yang amat ketara sebelum dan selepas PRU14. Sebelum i ...

Mamposlah, bola tanggung lagi dia kasik.
Boleh x ko apply je last cheque dgn boss, modal tu bukak kedai rokok seludup ke alkohol seludup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 10:56 AM | Show all posts
JokesCop replied at 22-2-2020 10:48 AM
Mamposlah, bola tanggung lagi dia kasik.
Boleh x ko apply je last cheque dgn boss, modal tu bukak ...

Di sini dapat kita lihat perbezaan ketara antara pemikiran penyokong pembangkang dan penyokong Pakatan Harapan. Bagi penyokong pembangkang, suatu perbincangan itu macam pertandingan mesti ada yang kalah dan ada yang menang atau win - lose situation. Sedangkan bagi penyokong Pakatan Harapan, suatu perbincangan itu adalah intellectual discourse yang merupakan berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama atau win - win situation.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 11:16 AM | Show all posts
Mungkin inilah kerajaan yang diidam-idamkan penyokong pembangkang

Derita tahanan SOSMA
MUHAMMAD AMMAR MUBASSYIR ABD HADI | | 9 Januari 2019



BALING - Seorang bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) mendedahkan tahanan berdepan tekanan emosi yang sangat dahsyat hingga ada yang menceraikan isteri.

Bekas tahanan, Saidin Yaacob, 52, dari Jeneri Sik berkata, sepanjang ditahan terdapat empat tahanan menjadi gila dan tujuh lagi bercerai.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin menziarahi salah seorang isteri tahanan SOSMA, Nazihah Hamid.

Saidin berkata, sebahagian tahanan tidak dapat menerima keputusan mereka dipenjara dan terpisah jauh daripada insan tersayang.

"Hanya kekuatan diri yang mampu atasi tekanan. Motivasi diri itu juga amat penting. Kebanyakan tahanan SOSMA masih muda iaitu 40 tahun ke bawah," katanya yang mesra membahasakan diri sebagai Pak Teh ketika ditemui di rumah isteri tahanan SOSMA di Kampung Sungai Tembak, semalam.

Tambahnya, ada tahanan yang tidak mendapat sokongan ahli keluarga apabila mereka tidak diziarahi.

"Ada yang beranggapan jika sudah masuk penjara tanggunglah sendiri, tak kira lah kes apa pun, tapi sikap keluarga begitu," katanya.



Bagi dirinya, dipenjara selama tiga tahun dan berjauhan dengan insan tersayang dapat diatasi dengan reda kepada ALLAH.

Menurutnya, ahli keluarga dan masyarakat juga memberikan sokongan dan motivasi daripada luar penjara.

"Pak Teh dipenjara di Tapah Perak. Bagi Pak Teh apabila kita reda dengan ujian ALLAH, kita boleh tinggal di mana sekalipun," katanya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Pak Teh berkata, ahli keluarganya berpindah dari rumah mereka di Jeneri selepas dia ditahan.

"Rumah itu sunyi selama tiga tahun, ahli keluarga sunyi bila Pak Teh tak ada dan jadi fobia. Isteri jadi murung. Malah, dua anak perempuan pun Pak Teh nikahkan ketika berada dalam penjara," katanya.

Katanya, ahli keluarga kembali tinggal di rumah itu setelah dia dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Pak Teh berkata, dia dipenjara atas tuduhan awal merekrut ahli sebagai pengganas.

"Mulanya depa tangkap abang saya, kemudian cari ahli keluarga isteri dan ahli keluarga lain. Lihat keadaan itu saya terpaksa menyerah diri kepada polis.

"Tuduhan pertama tak cukup bukti kemudian saya disabitkan pula atas kesalahan depa tukar kepada Seksyen 130 G (B) iaitu Menyebar dan Menggalakkan Keganasan," katanya.

Katanya, ahli keluarganya juga membelanjakan sebanyak RM26,000 melantik peguam untuk lawan kes tersebut.

Menurutnya, dia akhirnya memutuskan untuk mengaku bersalah apabila enggan membebankan keluarga membayar kos guaman selain tidak mahu melibatkan keluarga.

"Saya juga tidak tahu mengapa dituduh sebagai rekrut pengganas. Jika nak rekrut, kita kena jadi pengganas dahulu.

"Kita tak pernah jadi pengganas dan buat kerja pasang kubah masjid tiba-tiba dituduh sedemikian rupa," katanya.

Katanya, undang-undang dibuat demi negara tetapi biarlah ia lihat pada kategori dan keadaan.

"Undang-undang itu bagus bagi ada, tetapi janganlah menzalimi orang.

"Kadang-kadang ia hanya libatkan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram boleh didakwa sampai tujuh hingga belasan tahun.

"Ada yang orang hantar pada kita (gambar, video). Benda-benda itu bukan sampai libatkan keselamatan negara, memang tak patut," katanya.

Menurutnya, seseorang itu juga dituduh hanya kerana menderma kepada pelarian atau balu dan anak yatim di negara bergolak.

"Tetapi disalah anggap hingga kena penjara cukup lama. Jika ikut Pak Teh dah bebas, buat senyap dan cari makan macam biasa. Ya boleh buat.

"Tetapi apabila hati tak tenang teringat kawan-kawan, terpanggil juga. Walaupun tak boleh membantu dengan wang tetapi sekurang-kurang kita luahkan. Apa yang kita rasa itulah yang kawan-kawan rasa," katanya.

Dipenjara kerana simpan video perang

Sementara ayah salah seorang tahanan, Ahmad Shukri Md Zain, 55, dari Alor Setar berkata, seorang anaknya, Muhammad Ikhwan berusia 24 tahun dipenjara sejak September 2016 kerana menyimpan video perang di Syria serta dituduh berbaiah.

Katanya, sejak ditahan hingga kini, Ikhwan masih berasa sakit di bahagian belakang badan akibat dihenyak ketika soal siasat.

Beliau berkata, Ikhwan akan dibebaskan pada September 2020.



Terharu terima anugerah

Dalam pada itu, Nazihah berkata, perasaannya terharu apabila diberi anugerah 'Unsung Hero' daripada Hanipa Maidin.

"Rasa dihargai apabila terima anugerah ini. Saya tak sangka seorang timbalan menteri akan datang ziarah.


"Beliau kata kerajaan akan kaji semula SOSMA dan keputusan mansuh atau tidak hanya akan ditentu pada Sidang Parlimen selepas ini. Saya sangat harap SOSMA dimansuhkan dan suami dibebaskan," katanya.



Sinar Harian pada 5 Januari lalu melaporkan kisah Nazihah yang tabah membesarkan enam anak berusia setahun setengah hingga enam tahun hasil jualan kuih sejuk beku.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:05 PM | Show all posts
Masih banyak lagi rakyat Malaysia yang mengalami kisah seperti di atas ini. Barangkali inilah keinginan dan kerinduan penyokong pembangkang.

Mari kita sama-sama pastikan kejadian seperti tidak akan berulang lagi dengan memilih PH pada PRU15

#neveragain
#undilahkerajaanyangtakculikrakyat
#undilahkerajaanyangtidakkejamdenganrakyat
#pakatanharapanpru15

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 22-2-2020 10:56 AM
Di sini dapat kita lihat perbezaan ketara antara pemikiran penyokong pembangkang dan penyokong Pak ...

Bukan masalah kalah menang, masalah konsisten dalam hujah. Intergriti dalam perbuatan, kebenaran dalam fakta.

Bukan asyik pusing2 cerita lama. Meyh sini aku bukak cerita lama penyokong mantan pembangkang dekat forum cari. Lebih teruk dari sekarang. Masalah Lynas, masalah pembunuhan yg dah diputuskan sistem MAHKAHMAH Malaysia tiada kena mengena, isu tipu undi, isu malaysia nak bangkrap, isu songlap duit GLC yg untung bertahun2. Kebenaran yg tiada asas. Kebodohan yg tiada batas.

Sekarang fakta keluar berdasarkan laporan badan2 berintegriti mcm BNM, Penyata kewangan disorok, keputusan mahkamah jelas dan masih berjalan. Apa cybertrooper buat? Di bakul sampahkan fakta. Menteri tukar pendirian mcm tukar pelacur. Apa ini imej Malaysia? Bodoh!!!

Aku bukan peminat politik, tapi peminat kebenaran. Bukan ke ada pepatah cakap, sekali tertipu, xsengaja, dua kali tertipu bodoh. Apa kerajaan cuba buktikan dgn tipu rakyat berkali2? Nak cakap rakyat bodoh?

Dengar sini, mantan pembangkang serang kerajaan lama dengan hujah lebih bernas, tapi mana mantan pembangkang ni pergi? Masih lagi pembangkang.

Aku dulu fierce tegur mantan kerajaan. Lagi fierce dari apa yg aku buat skrg. Sebab apa? Banyak isu berkenaan kos sara hidup, isu harga rumah, AP kenderaan. X pernah puas selagi isu ni x selesai.

Tapi skrg, isu dah berbalik pada langkah 1, kebebasan bersuara. Mana ketelusan kerajaan sekarang? Mana pejuang isu kos sara hidup pergi? Balik ke belakang lagi, isu perkauman, isu kepincangan politik parti. Tiap2 minggu tutup kes dgn bila Chedet nak turun. Guan Eng asyik salahkan bukan sahaja kerajaan lama, komponen sendiri. PKR struggle dgn politik parti lagi.

Rakyat maju 1 tapak kehadapan dgn tukar pimpinan. Pemimpin mundur 10 tapak kehadapan seret rakyat.

Yg cybertrooper cuba lakukan? Oh minda positif.

Minda positif tak semestinya minda progresif. Minda progresif adalah resepi kejayaan. Minda positif adalah resepi hamba abdi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 21-2-2020 11:55 PM
alya dah ada pengalaman kena angkut PC dan kena masuk dalam kan

cerita la sikit pengalaman kena t ...

Tapi tak mngaku.....

Mengaku kat tebrau le pulak.....
Tebrau perak....

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 05:23 PM | Show all posts
Semoga kejadian yang kejam ini tidak lagi berulang. #pakatanharapanpru15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dapat jawab lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 06:47 PM | Show all posts
Inilah hasil dari kerajaan dambaan penyokong pembangkang, semoga tidak berulang lagi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 06:56 PM | Show all posts
ekceli semua parti politik dunia pon harapkan mentadbir tanpa parti lain yg mencabar,   atau terus terang berniat diktator

kalu nak ckp pasal zaman BN,  kene juga bezakan antara zaman tun 22 tahun dan zaman paklah bijan

22 tahun tu internet masih tak maju,  online pakai jaring,  CI pon masih mula kot

masih ingat PRU tahun 1995,  media tv mmg BN kontrol habis,    family weols semua sapot BN,  pasal masa tu xde pembangkang yg iols berkenan,   bang non masih dlm UMNO

kang tun susah sikit kontrol pasal internet dah maju,    kecuali dia kene ikut PRC ban Youtube,  Facebook, Twitter,  Google ....  so far hanya Topix yg kene ban

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 07:15 PM | Show all posts
pape pon,  yg lepas tu lepas ...  PRU akan dtg BN masih tak turunkan sebarang janji

next PRU selepas BN kembali ke kerajaan pusat,   apa janji dia  ...?  

hapuskan tol,   ada tak ?
naik balik dividen TH, ASB, KWSP,  ada tak ?
BR1M setiap bulan,  ada tak ?
hantar balik pendatang Bangla, Indon dan PATI lain,   ada tak ?
tamatkan rasuah dlm parti, ada tak ?
free letrik free air,  ada tak ?
hapuskan PTPTN,  ada tak ?
turunkan harga minyak kereta,  ada tak ?

dia hanya bangkit ketuanan Melayu dah siap ramai sapot babi buta ...  iols takan memihak BN dan PH,   kecuali tokmat jadi presiden UMNO iols konpem undi BN,   kalu still mat indon zahid,  iols malas nak gi undi






Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.673760 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list