|
Edited by ms.koala at 20-2-2020 12:45 PM
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi.
“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.
“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami... Insya-Allah,” katanya yang tampak ayu dengan tata rias Nad Ismail.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose. Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.
“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.
“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.
“Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.
“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,” kata pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu.
Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|