Semenjak penulisan di kertas kotak terpakai tular, ramai yang menggunakannya sebagai iklan atau pun kata-kata nasihat. Namun, apabila iklan tersebut bersifat lucah dan diangkat pula oleh seorang wanita, ia menjadi bualan termasuklah akaun parodi Twitter aktivis Rani Kulup.
Dengan tagline "Tak kacak takpa, janji tahan 3 jam" nampaknya mengundang ramai lelaki untuk memberi komen. Malahan mengikut Rani sendiri, untuk 'mendayung' selama 3 jam adalah tidak logik kerana menyebabkan sakit pinggang sehingga boleh lumpuh separuh badan!
Kredit foto: Twitter
Walaupun ia bersifat jenaka, tetapi secara tidak langsung menggambarkan tiadanya sifat malu dalam kalangan segelintir masyarakat kita hari ini? Atau pun apakah 3 jam yang dimaksudkan ialah ketahanan bermain badminton?
Twitter
Jika dalam kalangan lelaki, ianya menjadi bahan jenaka, wanita pula merasakan ianya adalah tamparan hebat kerana secara tidak langsung merendahkan martabat wanita-wanita lain.
Bagaimanapun, diharapkan empunya produk mengambil kira untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia. Mungkin ada yang boleh menerima jenaka sebegini dan lebih ramai yang tidak dapat menerimanya kerana kita masih dalam linkungan budaya orang Asia. Lagi pula, jika ianya dibaca oleh kanak-kanak, pasti lebih susah untuk menerangkan kepada mereka. - CARI
|