CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 3

[Tempatan] Adakah Melaka akan dapat KM baru ?

[Copy link]
Post time 18-2-2020 02:12 AM | Show all posts |Read mode
Rajendran: Pakatan Nasional mungkin mula di Melaka
B Nantha Kumar

Diterbitkan 17 Feb 2020, 2:01 tengahari  |  Dikemaskini 17 Feb 2020, 2:52 tengahari
A+
A-
Seorang pemimpin PKR Melaka mendakwa Melaka mungkin akan menjadi negeri pertama mewujudkan kerajaan campuran baru Pakatan Nasional.

Dakwaan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan Umno, PAS dan beberapa pemimpin PKR sedang berusaha mendapatkan sokongan ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru dan mengekalkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selama sepenggal.

Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran mendakwa terdapat perbincangan oleh beberapa pemimpin PKR dan Bersatu negeri untuk mewujudkan kerajaan negeri baru bersama Umno.

"Saya boleh sahkan terdapat perbincangan di kalangan beberapa pemimpin PKR dan Bersatu untuk menukarkan ketua menteri Adly Zahari (Amanah) digantikan oleh salah seorang exco negeri.
"Saya juga dengar mereka sedang berbincang dengan Umno untuk penubuhan kerajaan negeri baru bersamanya ia dikenali sebagai Pakatan Nasional," katanya kepada Malaysiakini.


Adly Zahari
Pakatan Nasional bukanlah nama bagi sebuah gabungan rasmi, sebaliknya dilabel bagi menggambarkan kerjasama sebahagian parti Pakatan Harapan dengan BN dan PAS.

Isu Pakatan Nasional muncul sejurus selepas bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, mendedahkan wujudkan usaha presiden parti itu, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendapatkan sokongan bagi bekerjasama dengan Mahathir.

"Gabungan Pakatan Nasional ini baru dihangatkan di peringkat kebangsaan. Tapi, ia telah lama dibincangkan di Melaka sejak Oktober lalu. Jadi, saya ramal Melaka mungkin menjadi negeri pertama kewujudan pakatan baru ini.

"Saya dengar buat masa ini, terdapat dua perkara masih belum diselesaikan.

"Pertama, Umno dikatakan minta jawatan ketua menteri sekiranya Pakatan Nasional ini berjaya diwujudkan. Ini tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PKR dan Bersatu yang sedang membuat perbincangan," katanya.

"Kedua, pemimpin-pemimpin ini (PKR dan Bersatu) masih sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pemimpin atasan dari peringkat nasional," tambahnya lagi.


Buat masa ini, PH Melaka mentadbir kerajaan negeri dengan kelebihan 15 kerusi DUN berbanding BN memiliki 13 sahaja.

Daripada 15 kerusi DUN dimenangi PH, lapan dimenang DAP, tiga PKR dan Amanah dan Bersatu masing-masing menang dua kerusi DUN pada PRU14 yang lalu.

Kesemua kerusi BN di Melaka milik Umno.

Ketika ditanya mengenai dakwaan ketidakhadiran seorang exco negeri ke mesyuarat majlis pimpinan negeri, Rajendran berkata bahawa beliau tidak pasti mengenainya.

"Saya dengar bahawa ada seorang exco tidak hadir ke mesyuarat majlis pimpinan negeri.

"Dia juga keluar daripada kumpulan (kumpulan) WhatsApp exco-exco negeri. Tapi, saya tak pasti," katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Adly dan pemimpin-pemimpin PKR dan Bersatu negeri untuk mendapatkan maklum balas mereka.



-MALAYSIAKINI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2020 02:29 AM | Show all posts
Idris: Spekulasi tukar k'jaan Melaka sebab exco sibuk mahu jadi KM
Haspaizi Zain

Diterbitkan 2020-02-17 15:56:00+08:00  |  Dikemaskini 2020-02-17 16:16:26+08:00
A+
A-
Kemelut kerajaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan spekulasi kemungkinan berlaku perubahan kerajaan adalah disebabkan oleh tindakan exco yang sibuk menjual diri untuk menjadi ketua menteri (KM), kata pemimpin Umno, Idris Haron.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu berkata, Umno BN tidak terbabit dengan sebarang usaha mengambil alih kerajaan negeri melalui pintu belakang.

"Presiden parti (Umno) telah menegaskan pendirian dan sikap parti terhadap kerajaan pintu belakang dan saya bersama menyokong presiden atas dasar itu.

"Jika ada sekarang inisiatif ia mesti berpunca dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu sendiri.

"Para exco yang lebih sibuk menjual diri untuk menjadi ketua menteri mengatasi fungsi mereka sebagai exco sehingga portfolio lemah dan ternyata gagal pun ada hati nak jadi ketua menteri," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan, seorang pemimpin PKR Melaka mendakwa negeri itu mungkin akan menjadi negeri pertama mewujudkan kerajaan campuran baru di bawah gabungan yang dinamakan Pakatan Nasional.

Dakwaan itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa Umno, PAS dan beberapa pemimpin PKR sedang berusaha mendapatkan sokongan ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru dan mengekalkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sehingga habis penggal.

Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran mendakwa terdapat perbincangan oleh beberapa pemimpin PKR dan Bersatu negeri untuk mewujudkan kerajaan negeri baru bersama Umno.

"Saya boleh sahkan terdapat perbincangan di kalangan beberapa pemimpin PKR dan Bersatu untuk menukarkan ketua menteri Adly Zahari (dari Amanah) digantikan oleh salah seorang exco negeri.

"Saya juga dengar mereka sedang berbincang dengan Umno untuk penubuhan kerajaan negeri baru bersamanya ia dikenali sebagai Pakatan Nasional," katanya kepada Malaysiakini.


Idris yang pernah menjadi ketua menteri Melaka era pentadbiran BN itu berkata, Ketua Menteri Adly Zahari wajar memecat exco yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Katanya, polemik mengenai isu pertukaran kerajaan negeri bukanlah sesuatu yang baik kepada Melaka.

"Saya menasihatkan supaya semua pihak yang terlibat memberi tumpuan kepada kemajuan negeri dengan kembalikan kelestarian Melaka dalam segenap bidang khususnya ekonomi .

"Polemik ini tidak akan membawa Melaka ke tahap yg lebih baik bahkan amat mendukacitakan rakyat.

"Saya saran kepada kerajaan dan ketua menteri supaya lebih fokus dan segera mengambil tindakan serta bertegas termasuk memecat mana-mana exco yang berdegil dan tidak berfungsi dan menggantikan dengan yang lebih cekap dan berkesan," katanya lagi.

Tambahnya, rakyat kini terbeban dengan isu ekonomi dan kerajaan tidak seharusnya terus berpolitik sehingga lupa akan tanggungjawab hakiki.

Katanya, sehingga kini belum ada tanda-tanda positif pelabur berminat menanam modal di negeri itu, malah menurutnya, pelaburan kini semakin mengucup.

"Keadaan tidak akan pulih bahkan lebih buruk jika politiking dalaman PH tidak terurai. Exco-exco kerajaan masih lagi terpinga-pinga dan dibuai mimpi, walaupun telah hampir dua tahun menjadi kerajaan.

"Saya selaku pembangkang menunggu masa dan ketika kemuncak penolakan rakyat samada dalam masa terdekat atau PRU-15 nanti," tambahanya lagi.


https://www.malaysiakini.com/news/511134

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgrnya mcm si pendi kepit, exco pendidikan. Tah le, politik2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 08:02 AM | Show all posts
Bubar Parlimen.  kami tidak mahu pertukaran secara tidak bermaruah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059370 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list