CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3222|Reply: 27

Terlanjur Kecam Pusat Zakat, Pemilik Akaun Twitter Minta Maaf Kepada MAIWP

[Copy link]
Post time 17-2-2020 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Facebook MAIWP


Baru-baru ini tular ciapan seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan identiti @bara_sigur yang mengecam institusi zakat yang didakwa tidak meluluskan permohonan sumbangan untuk menampung kos pembedahan adiknya.


Dia mendakwa, permohonan ditolak pusat zakat yang tidak didedahkan lokasinya itu semata-mata kerana ibunya memiliki motosikal.


Selain itu, dia menggunakan bahasa yang kesat dan berunsur lucah bagi melepaskan kekecewaannya terhadap institusi zakat.


Ciapan tersebut yang menerima pelbagai reaksi daripada para netizen turut menarik perhatian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang meminta @bara_sigur menyalurkan maklumat supaya aduan itu boleh disiasat.


Pegawai Baitulmal MAIWP turun padang menyantuni asnaf (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook Baitulmal MAIWP


Dalam kenyataan melalui Facebook pada 16 Februari, MAIWP menyifatkan ciapan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan persepsi negatif terhadap pengurusan zakat.


"Kami tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur fitnah dalam mana-mana kenyataan," jelasnya.


Pemilik akaun Twitter terbabit seterusnya tampil dan meminta maaf kepada MAIWP melalui mesej yang dihantar secara langsung.


MAIWP dalam kenyataan yang lain menjelaskan, @bara_sigur memaklumkan aduan itu tidak melibatkan institusi zakat di Wilayah Persekutuan.


"Sigur mengakui kesilapan itu 100% sepenuhnya darinya dan dia menyedari akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap ciapan ini iaitu golongan pembenci agama dan golongan yang enggan membayar zakat.

"Netizen dipohon membaca sepenuhnya DM yang dihantar oleh Bara_Sigur ini agar tidak timbul lagi salah faham dan kecaman terhadap pengurusan zakat," jelas MAIWP.


Kredit foto: Facebook MAIWP

Kredit foto: Facebook MAIWP

Kredit foto: Facebook MAIWP



MAIWP turut menasihatkan pemohon bantuan zakat yang tidak berpuas hati dengan keputusan berhubung sumbangan zakat supaya merujuk terus kepada agensi zakat berkaitan tanpa perlu menggunakan media sosial.


Semaklah sesuatu perkara dengan teliti sebelum menulis dalam media sosial agar tidak menimbulkan persepsi kurang tepat terhadap pihak tertentu dalam kalangan netizen. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 10:40 AM | Show all posts
bagus la dah insaf...lain kali fikir sedalam n sepanjangnya sebelum tulis n viral sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 10:46 AM | Show all posts
yg gagal dpt bantuan suka sgt viralkan kelemahan pusat zakat

rasanya jarang sgt kita tgk org yg dapat bantuan akan viralkan bantuan mereka terima dan ucapan terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 10:52 AM | Show all posts
asnaf main twitter
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 10:52 AM | Show all posts
itulah terlajak kata kan dah kena... herm.... tu org suh jaga mulot dik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 10:57 AM | Show all posts
kadang2 kita kena kasi viral kat social media baru la agensi2 kerajaan ni nak bertindak dengan cepat.

setakat cakap direct tu kadang2 tak berjalan.

tapi tak perlu kata2 kesat la. gunakan bahasa yang sopan namun LASER SECARA HALUS.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya zakat makin tinggi..tp amaun diagih masih rendah..hm
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:01 AM | Show all posts
Mana kecaman tersebut..x sempat nk baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 11:01 AM | Show all posts
rosasen replied at 17-2-2020 10:40 AM
bagus la dah insaf...lain kali fikir sedalam n sepanjangnya sebelum tulis n viral sesuatu

perkara ini kita tidak boleh kecam kedua-dua pihak, memang patut lah si twitter ni meluahkan perasaan dia, dan walaupun pusat zakat dengarnya ada banyak skandal dalam pengagihan zakat, dengar je lah daripada orang yang pernah memohon, bantuan kepada yang betul2 asnaf tegar mestilah diutamakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:04 AM | Show all posts
lain kali jangan jadikan sosmed tempat lepas geram...apa2 pun masyarakat kita prihatin dan bantuan pun berjaya disalurkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dah viral baru nak buat kerja.. tapi tak payah la maki hamun.. cukup sekadar buat cerita sedih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:10 AM | Show all posts
terima kasih zakat selangor.. bagi bantuan pada anak2x buah kategori asnaf.. skrg 2 orang dah masuk ipts.. foc... tak payah  penin2x nak pikir PTPTN nanti..
harap lepas ni dapat keje elok sket.. boleh jadi pemberi zakat plak.. bagi orang lain plak merasa..
bantuan skola..makanan even tak banyak tapi cukup untuk mereka.. tak cukup.. tugas kami plak bantu..
tapi bantuan bab skola n pengajian tinggi mmg iols bersyukur sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk dgr cite tak best pasal mawip ni.. Moga2 berubahlah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:26 AM | Show all posts
Based on my experience, zakat mmg buat kerje la. And sometimes mcm tak jangka zakat akn tolong smpai mcm tu skli.

So, utk lembaga zakat, keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:39 AM | Show all posts
c===8 replied at 17-2-2020 10:46 AM
yg gagal dpt bantuan suka sgt viralkan kelemahan pusat zakat

rasanya jarang sgt kita tgk org yg d ...

betul...sependapat
berbakul- bakul pahala dorang sbb orang kecam
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang tak faham insitusi zakat ni ada 2. Pusat kutipan yang terima zakat. Yang mengagihkan bantuan tu namanya baitulmal.

Nak mengagihkan bantuan tu kena tengok kelayakan asnaf. Tak boleh main bagi camtu je macam br1m dulu. Apek bawak kereta besar pun selambe je datang ambik voucher.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 11:52 AM | Show all posts
kena kecam sbb kantoi tweeter for iphone ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ina8895 replied at 17-2-2020 11:41 AM
Ramai orang tak faham insitusi zakat ni ada 2. Pusat kutipan yang terima zakat. Yang mengagihkan ban ...

Betul2, aku sokong kau. Penerima brim dulu2,
tauke2 besar pun ramai yg dapat berdasarkan kata2 mak cik aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
zacks replied at 17-2-2020 10:57 AM
kadang2 kita kena kasi viral kat social media baru la agensi2 kerajaan ni nak bertindak dengan cepat ...

Benda2 viral ni tukang semak kaki hater suka nak serang agensi2 kerajaan. Tulis maki2 adalah satu perkara yg hater sangat suka. Good job dik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 12:09 PM | Show all posts
nak tanya kalau sakit kronik, boleh mintak zakat ke.

Atau tk masuk asnaf.

kondisi - suami kerja gaji hari, wife terpaksa berhenti kerja sb sakit (tak dapat pencen ilat).

keadaan meruncing sb tak cukup duit bayar sewa dll.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.066407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list