"Lebih sedih artis yang bertudung begitu hingga jadi ikutan."
Selebriti Yatt Hamzah kesal dengan stail bertudung yang menampakkan leher dan telinga semakin menular sekarang. Lebih menyedihkan ianya turut digayakan oleh artis-artis hingga jadi ikutan termasuklah drama masa kini yang menampilkan stail tersebut.
Menulis di laman Instagramnya, Yatt turut meletakkan maksud ayat alQuran dalam surah Al-Ahzab yang menekankan betapa pentingnya muslimah menjaga auratnya.
Ig
Bagi Yatt, dia pernah berada di dalam situasi jahil, jadi dia tidak mahu wanita Muslimah berada di dalam keadaan sama. Apatah lagi dia juga mempunyai 4 anak perempuan yang akan membesar dalam situasi yang makin mencabar ini.
Ig
Bagaimanapun, teguran itu adalah kerana Yatt menyayangi semua wanita Islam kerana Allah.
"Aku juga pernah lalai dan jahil, kerana itu aku tidak mahu perkara yang sama berlaku pada wanita lain."
Ig
Jadi, janganlah pula salah anggap dengan teguran Yatt Hamzah atau akan ada prasangka negatif dari artis berturban terhadap tegurannya? -
CARI