Kredit foto: Twitter Jabatan Perhilitan
Gajah merupakan mamalia terbesar di darat. Nampak besar dan gagah namun haiwan ini memiliki sifat sensitif, mudah merajuk dan hidupan liar yang kuat cemburu.
Selain itu, tahukah anda bahawa haiwan ini mempunyai kebolehan untuk berenang jauh dalam air menggunakan belalainya untuk bernafas di permukaan?
Kredit foto: Republika - Gambar Hiasan
Namun, peluang untuk menyaksikan haiwan itu berenang adalah sesuatu yang jarang diperoleh.
Baru-baru ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) berkongsi satu video di laman Twitter mereka menunjukkan seekor gajah sedang berenang merentasi Tasik Kenyir.
Video berdurasi dua minit ini telah ditonton melebihi 144 ribu orang dan mempunyai 7.1 ribu retweets serta 8.2 ribu likes. Rata-rata warganet berasa teruja dan gembira melihat video itu.
Ada juga warga maya yang tertanya-tanya mengapa pihak perhilitan perlu mengiringi gajah tersebut. Ini sebabnya.
Kredit foto: Twitter Jabatan Perhilitan
Sebagai info, kebanyakan gajah secara semula jadi pandai berenang dan akan melalui laluan sama sepanjang hayatnya.
Memandangkan kawasan Tasik Kenyir ialah tasik buatan dan merupakan kawasan hutan rimba sebelum ini, mungkin laluan yang dilalui itu adalah laluan yang biasa dilalui sebelum ini.
Jadi tidak hairanlah sekiranya gajah ini akan berenang dari satu pulau ke pulau yang lain di tasik itu yang juga merupakan habitat mereka.
Kalau anda semua nak melihat sendiri aksi haiwan ini di depan mata, bolehlah datang ke Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong, Terengganu. Mana tau anda mungkin bertuah.- CARI |