CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1728|Reply: 10

[Jenayah] Warga emas hina nabi didenda RM15,000

  [Copy link]
Post time 10-2-2020 07:51 PM | Show all posts |Read mode
BERNAMA
SEORANG lelaki warga emas didenda RM15,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menghantar komunikasi jelik menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi akaun Facebook.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Wai Foo Sing, 69, selepas tertuduh mengaku bersalah memuat naik karikatur jelik yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Aisyah.

“Komen tertuduh yang jelik dan menyinggung disertakan dalam catatannya di media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam kes ini, tindakan tertuduh adalah tidak wajar, menyinggung dan jelik berdasarkan agama dan ia telah melampaui kebebasan bersuara yang dibenarkan mengikut perlembagaan.

“Jenayah menghina agama seseorang tidak hanya bertentangan dengan penganut agama tertentu tetapi juga berlawanan dengan nilai dan fungsi agama tersebut,” kata hakim itu.

Pada 20 Januari, Wai menukar pengakuannya kepada bersalah mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dia melakukan kesalahan itu pada 5 petang, 17 Februari 2019 dan hantaran itu telah dibaca pada 12 tengah hari, 18 Februari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abdul Hadi manakala Wai diwakili peguam Gabriel Susayan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 7:37 PM


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abi-didenda-rm15000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik wuhan sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 09:05 PM | Show all posts
tak silap atok ni yang pakai tshirt bersih sebagai dp gambar ke apa tah. lama dah ceritanya... rasakan... kumpul la duit pencen bayar ye kalau ada pencen...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka, di usia tua hidupnya dikecam, amaun sebanyak tu boleh buat pergi vacation dengan wifey tai dia kena bayar for his rudeness, you are such a disgrace, ah pek.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
15k sgt la rendah, sepatutnya 50k, baru ada akal puak2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2020 09:42 AM | Show all posts
dah tua pun sebok main fesbuk, kan dah kena saman kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 09:51 AM | Show all posts
Padan muka.  Dah tua pun masih bodoh bangang lagik.  Elok mamapos jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 09:57 AM | Show all posts
bodoh punya apek

padan muka lu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 11:10 AM | Show all posts
sikit sgt 15k..patut hukum hantaq ke wuhan jadi warganegara china terus..kat sana kau boleh hina nabi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 02:23 PM | Show all posts
drg ni mmg suka hina agama kita kan...agama dia kt tak de pulak nak mengata....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067593 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list