CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2382|Reply: 19

[Tempatan] Tiga beranak dikebumikan dalam satu lahad

  [Copy link]
Post time 8-2-2020 05:37 AM | Show all posts |Read mode
Adnan Ibrahimam@hmetro.com.my


“KAKAK ipar dan dua anaknya meninggal dunia dihempap pokok kelapa sawit kira-kira 500 meter daripada rumah ibu,” kata Hairuddin Mohtaram, 43, hari ini.

Hairuddin berkata demikian ketika menceritakan kejadian tragis menimpa kakak iparnya, Nor Azhana Othman, 48, serta dua anak saudaranya, Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17, dan Mohd Arif, 12.

Tiga beranak itu meninggal dunia selepas motosikal ditunggang ditimpa pokok kelapa sawit di jalan utama di Kampung Parit Siba di sini, 7 pagi tadi.

Menurut Hairuddin, ketika kejadian, motosikal itu ditunggang Siti Nurinsyirah manakala Nor Azhana dan Mohd Arif membonceng.

“Tiga beranak itu dalam perjalanan dari kediaman mereka di Taman Industri Sri Sulong ke rumah ibu saya.

“Memang rutin Nor Azhana akan ke rumah ibu, Khadijah Menik, berusia 70 tahun, untuk membantu menyiapkan tempahan kerepek pelanggan,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Siba, hari ini.

Menurut Hairuddin, kira-kira jam 7.15 pagi, seorang lelaki yang sedang berjoging terserempak dengan pokok tumbang itu namun tidak perasaan ia menimpa tiga beranak berkenaan.

“Tidak lama kemudian, sepupu Nor Azhana, Azmi Painting yang berusia 40-an, juga dalam perjalanan dari Taman Sri Sulong ke Kampung Parit Simin, terserempak dengan pokok tumbang berkenaan.

“Azmi kemudiannya melakukan pemeriksaan dan terkejut menemui tiga beranak berkenaan dalam keadaan tidak bergerak,” katanya.

Menurut Hairuddin, Azmi terus menghubungi keluarganya serta bomba dan penyelamat Batu Pahat.

Hairuddin berkata, walaupun sedih namun mereka reda dengan kejadian terbabit.

“Tiga beranak ini akan dikebumikan dalam satu lahad selepas solat Maghrib hari ini,” katanya.

Pada masa sama, menceritakan perihal suami Nor Azhana iaitu Hasanuddin, 48, Hairuddin berkata, abangnya itu ada meluahkan kehairanan mengapa Nor Azhana lewat tiba sedangkan mereka sudah berjanji untuk menyiapkan segera tempahan kerepek.

“Kebiasaannya, Nor Azhana tiba ke rumah ibu jam 7.30 pagi. Kebetulan pula, hari ini abang merancang untuk membawa isteri dan anak mereka bersiar-siar di bandar Batu Pahat selepas solat Jumaat.

“Kami akan bersama-sama abang serta anak keduanya, Nur Najwa yang berusia 14 tahun, mengharungi detik sedih ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 9:37 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedsu nye.salam takziah dan alfatihah buat waris mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya baca
Dah la kena timpa, lambat plak org sedar ada mangsa2 bwh tu
Salam takziah pada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi raji'un..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya takut plak bila2 masa ja kita bokeh mati..insaf iols
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. kematian bila mass
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2020 09:38 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah hiwainnailaihirojiun



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..memang slalu terpikir kalau la tiba2 nasib x baik lalu bawah pokok, pokok tu tumbang. Realitinya mmg ada terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 10:51 AM | Show all posts
Innalillah.. boleh ekk ditimpa
walaupun pokok2 tu agak
jauh dari laluan motosikal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 10:53 AM | Show all posts
innalillah ya allah sedihnya baca berita ni... 3 sekali pergi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 8-2-2020 10:51 AM
Innalillah.. boleh ekk ditimpa
walaupun pokok2 tu agak
jauh dari laluan motosikal..

Innalillahiwainnaillaihiroji'un..

Pokok yg tumbang tu mungkin pokok lama yg dh tua.. Kalau tengok gambar tu pun, batangnya dh dpotong2 selepas kejadian.. Jalan tar tu pun nampak macam kecik je.. So bila tumbang memang melintang tengah2 jalan kecik tu.. Apa2 pun takziah buat keluarga mangsa.. Semoga diampuni segala dosa2 mereka dan ditempatkan dkalangan hamba2Nya yg briman.. Aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihirojiun


Btw yg berjoging sorg2 tgh kebun kelapa sawit tu beraninya
Mcm sunyi ja jln tu

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 11:46 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah utk kluarga mngsa. tiga2 skli xde yg slamat. sedihnya. al-fatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2020 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik juga pokok sawit tak mudah tumbang, yg dah diracun tinggal batang kering tu pun susah tumbang. Pokok kelapa yes mudah rebah. Takziah buat keluarga, really at wrong place wrong time
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 05:23 AM | Show all posts

Innalillah hiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 09:38 AM | Show all posts

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

kesian family arwah. 3 org sekali family member meninggal. boleh gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 12:45 PM | Show all posts
salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066036 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list