CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 3

BISNES SATU CABANG JIHAD

  [Copy link]
Post time 6-2-2020 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 6-2-2020 01:06 PM

Salam semua.
Buku ni i tak ingat how i ada, tapi memang dah 10 tahun didalam simpanan. So today I ada mood nak share some of the input. Usually i akan jump jump and akan baca apa i rasa I nak tau . Unless story book tu kenalah follow tru. Hope ia memberi manfaat to everyone. And nanti I akan continue add on mengikut apa yg i feel sesuai.

Cara Membesarkan Bisness tanpa kegagalan yang maksimum : -

Jangan terlalu ghairah - maknanya x perlu over excited sangat nak pelbagaikan bisness, fahamkan dan kalau dah expert dgn apa yang sedang diusahakan barulah expanding. Betul jugak..dulu baru establish one thing dah pikir nak buat benda lain, walhal yg sedia ada belum betul betul established.

Utamakan the core bisness yg sedia ada, meaning to say kena gunakan segala kepakaran dan kelebihan yang ada dan gunakan segala apa peluang yg ada disekeliling utk pastikan bisness yg diusahakan tu maintain dan berjaya

Jaga aliran tunai, dan perakaunan kita. Maknanya jgnla buat loan yang membebankan atau keep borrowing money or nak mula bisness hutang dalam jumlah yang besar

Savings - mana mana lebihan tunai atau keuntungan tu sama ada yg sedia ada atau yang baru kenalah simpan- kena ada satu tabung emergency dan one more " war chest" simpanan yg digunakan utk make sure ada modal utk rolling atau maintain kedudukan dgn competitor lain. Cth kalau competitor buat packaging baru atau buat bunting baru, kita pun ada modal utk buat strategi yang sama just to ensure produk kita tidak ketinggalan

Dalami sistem pengurusan yg sistematik- keupayaan untuk mengelolakan staffing. X recruit staff yang tidak perlu tapi ada staff yang mampu melakukan semua objecktif yg dah dirancangkan

Be a fighter, mengejar semua peluang yg ada, tp janganla ikut style org x beriman, pancung semua kepala org lain dia aje nak untung

Jangan lupa daratan dan hilang pedoman, bila dah ada duit sikit jangan hilang  akal la kaedahnya...maknanya dari dulu pakai Bata tetiba tukar LV manjang

Selain keuntungan, jangan lupa amal jariah.

Hehehehe......buku ni very islamik approach. I suka la jugak.

Nak jadi bisnessman ni pastinya menuntut seluruh jiwa dan raga kata penulis ni  Muhammad Ali Haji Hashim.

Nanti I go to next chapter.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
yang ni petikan dari temubual Arwah mantan Tan Sri Muhammad   Ali Hashim, juga berkaitan dengan Jihad Bisnes.

Jihad bisnes

“Apa pendapat Tan Sri tentang sekarang orang muda bisnes kecil-kecil, bisnes online, bisnes jalanan?” tanya saya.
“Tiada masalah,” jawab Tan Sri.
“Bisnes ini alat untuk menjana harta kekayaan. Seperti pisau, ianya neutral. Nak potong timun, sengkuang untuk buat rojak, boleh. Nak buat jahat, potong rantai orang, boleh. Apa yang penting di dalam hati.

“Dalam bisnes, apa pegangan kita?”
“Saya yakin, orang muda, Melayu oleh kerana berpegang kuat kepada Islam, nak akhirat, bukan setakat dunia sahaja, malangnya menyebabkan ia menjauhi bisnes.
“Sebab tengok kiri kanan buat bisnes macam ‘itu’. Yang kaya raya pun merompak menyamun ikut cara halus, cara besar. Jadi kaya. Cara ‘profesional’ pun ada di atas tu.
“Dengan kroninya, dengan korupsinya. Seolah-olah bagi kita, ini bahayanya.
“Hari ini, kita belum ada model atau ikon yang betul-betul boleh kita banggakan. Kalau ada, tidak ramai.

“Kenapa nak dianjurkan jihad sebagai dasar asas berniaga?

1. Kita nak ramaikan lagi orang bisnes berlandaskan Islam.
2. Elakkan yang korupsi dan rakus.
3. Bila ramai berbisnes dengan nilai Islam, dia akan berzakat, sedeqah, waqaf, infak dan jariah. Kalau bisnes tu berniat jihad, maka semua ini akan dibuat.

“Bisnes ini seterusnya besok akan menjaga masyarakat. Bukan lagi bergantung kepada mereka yang rakus dan rasuah.
“Yang tidak kurang penting, kita nak meramaikan orang soleh, yang tegap imannya, akidahnya masuk bisnes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Supaya arwah tan Sri ditempatkan di kalangan orang yang beriman
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 07:25 AM | Show all posts
tq TT

good thread ...............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.667882 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list